Sabtu, 1 September 2012

PEMULIHAN LURE RAPALA TDD atau BALSA

1. Lure TDD atau TD atau sewaktunya dari kayu Balsa dan  senang pecah terutamanya pada bahagian ekor jika menerima asakan yang kuat. Membaik pulih boleh dilakukan dengan tali sulam buangan terutamanya 20lbs kebawah supaya tidak nampak ketara besar ekor lure..sebelum melilit sulam sapu gam 101 biarkan ia kering sekejap dan sambung lilitan lebih kurang setengah inci dan matikan dengan simpulan biasa. seeloknya sembunyikan hujung  tali sulam pada lilitan. proses seterusnya sapu gam semula pada lilitan. Biarkannya kering sepenuhnya sebelum digunakan. Kebanyakkan orang menggunakan ring bagi menutup bahagian ekor yang pecah tapi ia boleh pecah kembali kerana tidak menutupi hujung ekor.


2. Pada bahagian kepala biasa lidah senang tercabut jika gam asalnya sudah tidak kuat  dan kayu menjadi kembang. Drill menggunakan mata  paling kecil. Gerudi pada bahagian atas kepala betul terkena lidah, jangan gerudi sampai tembus kebawah. potong dawai keras. (kabel telefon) dan masukkan pada lubang yang digerudi tadi. langkah seterusnya sapu gam 101 atau mastik pada lubang gerudi bagi menutup dawai.



siap masuk kabel dikepala

Ada juga orang menggunakan skru paling kecil tapi tidak kemas.



Sebaik-baiknya lakukan perkara ini sebelum lure rosak lagi...
P/S. tak semua pendapat saya betul dan terbaik tapi cara ini yang saya gunakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan