Cuti sekolah hujung tahun!! Cuti panjang!! Kena ade
rancangan yang menarik dan rancangan asal aku ingin mengikut ahli Group DNA (Darul Naim Angler) menaiki Rumah Bot (trip memancing) di Tasik
Kenyir. Tempat ‘soho’ di kalangan kaki pancing. Malangnya tiket tambang percuma
lewat diproses dan aku bimbang tarikh tiket aku lambat daripada trip
Kenyir,maka terpaksa aku menarik diri walaupun deposit telah dilangsaikan….
Tapi, wife aku masih ada semangat nak ke kenyir, rancangan baru dibuat tapi
kali ini bukan dengan ‘houseboat’… Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
jadi pilihan. Mmg bebaloi dengan harga yang ditawarkan. RM50 satu malam untuk
banglo 2 bilik dan RM50 untuk bot pergi balik jeti Pengkalan Gawi ke Pulau Sah
Besar(tempat penginapan atas pulau, keliling air). Cuma perlu bawa barangan
mentah sahaja untuk dimasak.
Bergerak dari jeti Gawi ke Pulau Sah Besar
Mancing sambil santai waktu petang
Berkayak, 7 ringgit untuk kayak 2 orang dan 5 ringgit untuk kayak single. Masa, takder had nak main berapa lama
Jeti Rumah Peranginanan Persekutuan, air rendah kena daki banyak anak tangga
Ke Air Terjun Saok setelah tak dapat nak santuari Kelah ditutup selama 4 bulan. Musim Kelah bertelur
Melawat Taman Herba
Pekena Tongkat Ali percuma (layan diri)
Mancing ikan sangkar senang dapat..hehe
jeti Pengkalan Gawi
Singgah tepi jalan beli durian sebelum meneruskan perjalan ke Seberang Takir