Selasa, 28 Oktober 2014

Siri Menjenggo (Udang Galah)









adik pu bersama ikan belukor

Haruan Paya Taman KDC (Oktober 2014)


Hujan je mancang bulan ni. Port air masin semuanya keruh, Biarpun gitu aku turun juga cast beberapa kali. Semuanya kumpau. Mood gian perlu dirawat. Apalagi kembalilah menjalak dekat perumahan aku tinggal. Paya yang sudah setahun tak dicast. Port ni memang kami  juga yang buka, menebas semak samun dan potong batang buluh yang tumbang supaya selamat boleh santai-santai sama keluarga. Mungkin lama tiada kena casting, haruan disini galak dan lahap mengejar lure












Kerapu Minyak



Kali petama untuk tahun ni melawat lubuk ni. klu tahun2 lepas muntah kerapu disini. tapi kali ini tidak ngam timing, tide. Air sejuk mj hilang entah ke mana. Kerapu minyak saiz dara je sudi menjamah lure.




strike pertama

strike kedua. masih melahap walaupun ketam belum lagi ditelan


Haruan air payau (snakehead)




Sabtu, 3 Mei 2014

Kanai (edisi April)



Ini bukan April Fool...Dalam bulan April 3 ekor  black bass dinaikkan dengan teknik mengilat. Aku yang pertama menaikkan black bass pertama dalam team kitaorang.  Selang beberapa hari si kawan ni dapat merenewkan lesen BB nya untuk 2014.


 Bagi kawan  yang kedua terima tekanan kerana aku berjaya menaikkan BB ketika Outing dengannya. Lantaran itu, tak senang duduk asyik turun kesungai dan akhirnya berjodoh jua di hujung april  dengan tarikan ikan idamannya seterus memegang rekod paling besar untuk tahun ini.


Isnin, 28 April 2014

IKAN BLACK BASS

Black bass, tembaring, kanai, kakap dan ikan tanah adalah ikan  yang sama mempunyai banyak nama mengikut daerah setempat di Sabah. Hampir 5 tahun mengilat dan memancing di sunngai-sungai sini (Sabah). Dengan berbekal sedikit  pegalaman mancing MJ terutamanya pasang surut air, suhu dan arus. Nak dijadikan cerita. aku ajak kawan sorang ni gi casting coz 2014 belum turun untuk casting air masin.

Tidak terdetik pun dihati untuk mencari ikan ini. Arus pasang laju dan air tinggi kami berehat dan tidur di pondok sahaja menunggu arus surut. Benar kata seorang kawan  yang lebih 10 kali menaikkan black bass untuk mencari   ikan BB biasa pada arus surut yang laju baru dia keluar mengikut ikut surut air.
Orang kata belasah saja tanpa mengambil kira keadaan air  di kawasan hulu sungai semasa surut.

Dipendekkan cerita. masa melontar lure ke tepi tebing dipenuhi nipah, lure di hanyut arus. hanya disentap manja sahaja kerana ianya melarikan lure melawan arus. lebih 3 depa dari bot baru ia memecut dan menekan kedasar  dengan kuat. fikir aku ini mungkin MJ 2kg ke atas sahaja. lalu  aku lock spool dengan ibu jari tapi keluar lagi. aku full drag untuk menarik naik kepermukaan air, namun masih keluar tali sulam dari spool. tidak lama dari itu, aku berjaya megepam naik ke permukaan dan telihat badan kuning berbelang. dan ianya menekan lagi kedasar. Bot hanyut hampir ketebing. Dengan kecekapan kawan terus hidupkan bot ketengah supaya tiada peluang ikan lari ke reba dan kayu.  Dalam 4 kali menekan ke bawah bila dinaikkan ke permukaan sebelum  digrip bibir oleh kawan.


Rod : eupro legend 5' 3" 8-17
Reel : Rapala rage
Line : Kirin deep sea blue 30 lb
Lure : duel hardcore long bill 90mm
Leader : ichiban 50 lb

ikan black bass



Jumaat, 18 April 2014

Mengilat siakap Merah





haruan sekor


Khidmat Masyarakat

Lebih seminggu Abang Salleh minta untuk buat ubat anak buahnya yang sakit kena oprate paru. ketiadaan masa untuk menjengah lubuk biasa ekoran isteri kurang sihat. permintaan tidak dapati dipenuhi untuk mendapatkan ikan haruan. sekali turun terus dapat 3 ekor. bolehlah abang Salleh buat stok untuk anak buahnya,, syukur.



casting haruan bersama isteri

fisrt time wife  pakai BC dapat ikan.. pergi kenyir pakai BC  kumpau...

Melayan ikan parit bersama isteri









Melayan pari

1 february trip pertama turun ke air masin 2014. Alhamdulillah aku berjaya menaikkan 5 ekor pari,, satu ekor putus masa nak landing yang dilayan oleh abang usup




Rabu, 22 Januari 2014

Pangal (snakehead)

Kebiasaan kita hanya dengar nama ikan jalak (haruan) di Sabah. tp kali ini lain plak nama ikan ini.. PANGAL. Pelik juga. Setelah turun bersama local caster Marudu baru dia kasi tau ini ikan Haruan Pangal. setelah di amati badan ikan ni agak kuning sedikit, kurang berlendir dan kurang bau hanyir. Bagi aku sama saja cuma habitatnya sahaja merubah warna ikan tersebut. Habitat haruan di kawasan air mengalir seperti tempat air dalam  dan air sungai berwarna hijau menjadi faktor haruan ini menjadi tidak terlalu hitam dan hampir kekuningan. Haruan ini suka boiling di tengah sungai dan cara casting yang kami guna semua dapat dengan spinner bait diayami  ditengah sungai (dasar). Dari segi saintifik aku tak tahu la. Bagi kito orang haruan yang ada belang nak kuning tu kitaorang panggil haruan cicak ja.