Sabtu, 22 September 2012

2 Hari 1 Malam di Pulau Mantani (Mei 2012)





Pulau Mantanani terletak dalam daerah Kota Belud. Pulau yang kecil penuh dengan coral.  Airnya yang jernih membolehkan kita dapat melihat ikan berenang di dalam air. Pasir yang yang putih bersih kecuali bahagian pantai terdapat sampah sarap semulajadi seperti batang kayu, kelapa hanyut dan pelepah kelapa. Perjalanan dari jeti Kuala Abai ke Pulau mantanani hanya memakan masa 1 jam 25 minit sahaja jika cuaca  elok dan tiada ombak,. Pada hari tersebut aku dan beberapa orang terdiri dari kalangan guru2 sekolah Kota Marudu bertandang ke sana. Bagi kami tidak perlu untuk menginap di chalet disana kerana semua diuruskan oleh ustaz Azlin yang pernah mengajar di situ. Hanya 110 ringgit sahaja untuk 2 hari satu malam termasuk makan minum di sebuah rumah penduduk di pulau mantanani. Sepatutnya bayaran tidak sampai cecah seratus tapi salah seorang dari rombongan kami menarik diri disaat-saat akhir. 


Memang cukup berbaloi bertandang ke sini, biarpun hanya menginap dirumah orang kampung tapi umpama ada pakej pulak. Ape tak pada waktu petang kami dibawa ke pulau Mantani kecik untuk menikmati keindahan alam dan snorkerling. 



snap pic ketika bot bergerak untuk memulakan perjalanan ke pulau

seorang petapa diatas batu Pulau Mantanani kecil..hehe
mencari kulit cengkerang di pantai..

gembira dibawa snorkerling..hihi

Pulau Mantanani kecil


snorkerling


sunset ketika pulang ke tempat menginap





aktiviti meronda pulau...

sempat juga casting di jeti tepi lain yang sangkut..kik kik..

mau pulang suda!

sempat singgah di Palm Beach Resort


bergambar dengan Tuan rumah 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan