Sabtu, 23 Februari 2013

Memburu Ikan Kepala Ular (SNAKEHEAD)

23032013. Pukul 9 pagi Mat Shah ajak meruan di empangan Milau . Aku hanya membawa spinner bait dan satu rod sahaja ekoran malam tadi Kota Marudu di naiki banjir kilat. Segala barangan dalam rumah diangkat ke tempat tinggi termasuk semua peralatan mancing aku . Setelah sampai dalam pukul 10.30 pg lebih kurang 10 minit casting aku sudah berjaya mendapat haruan bersaiz lebih kurang 1kg. Matsah mendapat 2 ekor di selang 30 daripada setelah aku. Alhamdulillah dapat diberi pada Din buat  ubat isterinya bersalin.




Mat Shah dan haruan pertamanya
Haruan ke-2 Mat Shah agak besar sedikit berbanding yang pertama





Khamis, 21 Februari 2013

Trip air Manis dan keruh

Hujan dalam perjalan ke lubuk menerusi anak sungai ke muara tidak mematahkan semangat kami. biarpun arif jika hujan ikan kurang mengejar lure. Pepatah terlajak perahu boleh diundur tidak digunakan dalam trip ini. yang kami tahu hanya maju menuju ke destinasi. Hujan lebat dan kesejukan mempengaruhi ketepatan lontaran lure ke Target..banyak sangkut ba ..

Air yang keruh dan arus mati menjadi kerapu tidak berminat menggigit lure walaupun banyak boiling di celahan akar bakau. Memburu MJ hampir mustahil pada hari itu. Adalah sedikit hasil dengan draw tangkapan.

fish :Mangrove Jack.
lure: Storm Thundercrank  limited edition 8cm

 Fish Grouper.
lure: Zerek live shrimp 7g

Fish: Barracuda
lure: Duel  Hardcore 75mm

lure; Ofmer X deep

lure: Duel Hardcore 75mm



Rabu, 20 Februari 2013

Jigging Hari Minggu




2 minggu lepas.. Aku dan abg Said nak Tukun simen mencari si ebek dan gerung belang. Rancangan tidak berlaku seperti yang jadualkan. Hujan diawal pagi semasa keluar dari nak kelaut. Keadaan arus pun mati serta menjadi ikan tidak galak untuk menjamah lure.. Alhamdullilah ada juga hasilnya biarpun bukan ikan dambaan hati.
anak gerut-gerut je..hihi

di Sabah dikenali dengan ikan Kepala Batu

Jumaat, 8 Februari 2013

CASTING 2013 (BOATBASE)


Kami berempat merancang untuk turun casting ke Utara memandangkan Si Suffry belum lagi mendapat lesen casting. Aku,     Masrani  dan  Kiki membuat keputusan untuk berjumpa di Shell Kota Marudu. Nak dijadikan cerita aku keluar dari rumah berjalan kaki selepas subuh menuunggu Masrani datang ambik di Shell sambil untuk mengisi petrol. Kena Halau beb!! tokey Shell halau aku dari jauh lagi mungkin takut aku nak merompak ke ape, di tangan pegan rod... haha... tidak kena suruh masuk kawasan Shell.. aku cakap nak isi minyak tunggu kawan datang ambik... Nasib baik tak lama selepas tu diorang sampai...
 

perjalanan seawal pagi
 
Pabila sampai di destinasi aku berpatner dengan Masrani (bot 1) dan Kiki dengan Suffry (bot 2). Keadaan air disungai masih lagi keruh. Kami berpindah lubuk yang jauh sedikit mengambil masa 1 jam dengan untuk sampai dilubuk yang jernih baru ada Strike... dan inilah laporan bergambar rambang dari bot kami. Lupa plak nak kasi masuk tarikh trip ni... (03 februari 2013)


































Laporan dari bot 2

                                                             Lesen pertama si Suffry