Selasa, 11 September 2012

Bottom september

Biarpun masih lagi tide air tidak cun, aku dan abang Said nekad juga mau turun kelaut dan muara sekitar teluk Marudu. Sabahan  bilang airnya masih kabut. Dua hari berturut-turut, aku bersama kawan kaki bottom, Abang said pada sebelah malam. Seawalnya kami terkena angin Barat dan terpaksa bertahan/berlabuh sahaja dilaut yang tidak jauh dari sungai senang untuk lari jika angin barat terlalu kuat. Setelah reda angin  kami bertolak ke laut Tanjung Batu, terkena plak angin selatan (angin dari gunung) walaupun  2 helai baju masih terasa sejuk lagi. mengigil kesejukan. mahu tidur tidak dapat...  Suhu air kurang panas menyebab sotong tidak mau timbul untuk dibikin umpan. Ikan pom tidak galak mau mematuk jika suhu air tidak panas,...


NamammmamaNama Saintifik:  Lutjanus Johnii
Nama Umum : John’s Snapper, Golden Snapper
Nama Tempatan: Jenahak

sifu GPS


gerut-gerut aka kepala batu



Pada hari minggu aku keluar bersama abang Jaim dan abang Usup ke Kuala Marudu untuk bottom jenahak dan mengeket. Biarpun masih kabut air sungai, kami hantam saja dan sedia maklum susah nak dapat ikan.. Jiwa mancing dan lebih suka lepak di bot.  Anak tambang sangat mudah diambil untuk bikin umpan hanya langgar dengan bot sahaja, bertempiaran melompat kedarat.. Bila tambang senang dapat ikan pula tiada..hehe.. Hanya aku sahaja berstrike ikan sembilang...

Sifu Jenahak aku



Sifu Muara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan