Sabtu, 29 Disember 2012

KOMPLOT ADIK BERADIK BERADIK II


kami bertiga berkunjung ketempat tasik yang dibersihkan ingin mencuba nasib kali kedua. Tapi amin memilih rod yang keras, panjanng 8’ dan katak hidup  mengilat pada kali ini. Katanya tak mahu terlepas mangsa ekoran banyak yang miss..  baru beberapa kali membuat lontaran letupan dipermukaan air menandakan snakehead meyambar mangsa. Amin melontoran kearah letupan air lalu digoyang hujung pancing tidak semena-mena mono line tegang lalu disentap dan Berjaya di didarat mangsa pertamanya si bujuk.
 mangsa pertama bujuk 
 Kami berpindah kelubuk sebelah atas sedikit kerah rumput sedikit detengah tasik mana tau ada pemangsa sedang mengendap untuk melakukan serang hendap.. apepun amin juga Berjaya menaikkan haruan disitu. Aku  dan akim kumpau gaban la.. mana dapat lawan katak hidup… tidak lama selepas itu, kami pulang kerana hujan turun lebat….
mangsa kedua

KOMPLOT ADIK-BERADIK.


Tasik dibersihkan sebagai persediaan  musim tengkujuh yang akan banjir pada akhir tahun ini. Haruan cukup mudah digoda kerana habitat asalnya dibawah rumput dan reba telah tiada hanya berlindung dbawah rumpai air sahaja. Pantang sikatak getah jatuh mesti disambarnya haruan bersaiz curut cuma tidak hook –up. 
pic ambil kat rumah kamera tak bawa, hujan beb..Pada kali  ini aku tewas dengan amin yang strike 3 ekor, aku 1 ekor dan isteri banyak miscall je..



MENGILAT HARUAN


Waktu petang sambil lepak-lepak dijambatan dekat kampung yang menjadi rutin harian sebelum bermain bola.. Terpandang buih-buoh  kecil bergerak ditepi rumput timbul dekat tebing, Amin pulang mengambil set pancingnya. Dengan viva mazzy frog menjadi senjata pemburuan petang itu. Dengan beberapa lontaran si haruan Berjaya digoda kerana sememang  cukup garang untuk melahap si katak getah yang mengacau anak-anaknya. Secepat mungkin haruan ditarik naik ketepi bagi mengelak berbelit dirumput..  saiznya, boleh tahan jugalah…

Cuti Sekolah


Disember  atau musim tengkujuh dipantai timur merancakkan lagi aktiviti menangkap ikan  air tawar. Pelbagai kaedah dan jenis tangkapan digunakan bagi mendapatkan rezeki atau sekadar hobi.
bila hujan turun dengan lebat, bila berhenti hujan kelibat sebarau  kelihatan kesana sini mengejar mangsa. Memukau mata kaki pengilat untuk mengdapat tarikan dari spesis pemangsa tersebut. Skill dan kemahiran diperlukan supaya hook tertancap di mulut sebarau.

Bagi penggemar haruan juga tidak asing lagi, mencari lopak, tasik dan paya mengilat rambang atau mengintai induk snakehead mempunyai anak kerana mudah mendapatkan rezeki. Yatim la anak-anak ikan jadinya..hehe..  .

Selasa, 4 Disember 2012

Percutian ke Kenyir


Cuti sekolah hujung tahun!! Cuti panjang!! Kena ade rancangan yang menarik dan rancangan asal aku ingin mengikut  ahli Group DNA (Darul Naim Angler)  menaiki Rumah Bot (trip memancing) di Tasik Kenyir. Tempat ‘soho’ di kalangan kaki pancing. Malangnya tiket tambang percuma lewat diproses dan aku bimbang tarikh tiket aku lambat daripada trip Kenyir,maka terpaksa aku menarik diri walaupun deposit telah dilangsaikan…. Tapi, wife aku masih ada semangat nak ke kenyir, rancangan baru dibuat tapi kali ini bukan dengan ‘houseboat’… Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir jadi pilihan. Mmg bebaloi dengan harga yang ditawarkan. RM50 satu malam untuk banglo 2 bilik dan RM50 untuk bot pergi balik jeti Pengkalan Gawi ke Pulau Sah Besar(tempat penginapan atas pulau, keliling air). Cuma perlu bawa barangan mentah sahaja untuk dimasak.




                                             Bergerak dari jeti Gawi ke Pulau Sah Besar


                                                   Mancing sambil santai waktu petang

Berkayak,  7 ringgit untuk kayak 2 orang dan 5 ringgit untuk kayak single. Masa, takder had nak main berapa lama






                      Jeti Rumah Peranginanan Persekutuan, air rendah kena daki banyak anak tangga


Ke Air Terjun Saok setelah tak dapat nak santuari Kelah ditutup selama 4 bulan. Musim Kelah bertelur









                                                            Melawat Taman Herba
 Pekena Tongkat Ali percuma (layan diri)


Mancing ikan sangkar senang dapat..hehe







jeti Pengkalan Gawi
Singgah tepi jalan beli durian sebelum meneruskan perjalan ke Seberang Takir

Isnin, 5 November 2012

Komplot bersama ahli GCS (Kampungan Tournament)

Menerima panggilan dari Masrani untuk menjadi  bot patner si Pis Sang sungai belah utara   pada lewat malam. aku On jer. Apa tidaknya spot BB itu! Biarpun masih masih penat bottom seharian, keesokan kena cast plak. aku siapkan segala kelengkapan casting  supaya tiada yang tertinggal.

Selepas subuh jam 5 pagi kami berjumpa ahli komplot di Goshen hotel, iaitu Azizi, Pis Sang, Awang, Sahur, Masrani (Masarian), Kiki, dan Asqalani. kami bertolak dari Kota Marudu menuju ke jeti sungai utara. Sampai sahaja hujan turun dengan lebat, apepun dah terlanjur sampai, agenda casting perlu diteruskan. Hujan berhenti kami terus angkut peralatan kedalam bot dengan patner masing. Azizi dengan Masrani, Kiki dengan Asqalani, Awang dengan Sahur dan aku dengan Pis Sang.

Hujan Lebat menyambut kedatangan kami

Sambil menunggu hujan berhenti baik melengkapkan  gear masing2

Berbincang penggunaan gewang yang sesuai mengikuti  tahap jernih/keruh air

Add caption


Cuaca tidak mengizinkan kami untuk mendapat strike. Hanya pisang sahaja yang strike dengan main line 10lb. strike kali kedua oleh pisang pada tunggul tidak dapat dikekang menyebabkan main line 10 lb meletup.. tuss.. Sayangnya. kelibat badan bersirip kuning sudah kelihatan. tidak lain dan tidak bukan itu memang BB. Main line 10 lb tidak dapat menampung beban dan spot tidak mengizinkan untuk melayannya.

MJ tunggal dari bot kami
Hujan, panas, hujan, berhenti, hujan balik. sungai terlalu keruh umpama milo O..  hampir semua anak sungai diexplore tetapi tiada langsung mangsa meragut lure.

Aku dan Pis Sang pulang ke jeti bila guruh berdentum , Tidak berani lagi cuba casting. Tidak lama sampai kumpulan Sahur/Awang, diikuti kumpulan kiki dan Asqalani dan akhir Azizi dan Masrani. Masing-masing bertanya hasil tangkapan mengikut kumpulan.. Bot aku satu ekor, bot Masrani/Azizi 2 ekor, bot Awang/Sahur 4 ekor dan Kiki/Asqalani 5 ekor. aku berkongsi tempat dengan masrani dalam kategori individu 0 tangkapan. kumpaulah senang cerita..hehe


Yamcha di Izzati Restoren