Jumaat, 31 Ogos 2012

BOTTOM LIVE BAIT (Ramadhan)


Umpan :tamban hidup/mati.dan potong2
Lokasi: sungai Kuala Marudu
 kerapu 1.2kg

NamammmamaNama Saintifik:  Lutjanus Johnii
Nama Umum : John’s Snapper, Golden Snapper (juvenil)
Nama Tempatan: Jenahak (anak)

aku lupa lak nak bawa camera sendiri hanya 2 keping ni yang terakam dengan kamera abang Usup Pustakawan

Khamis, 30 Ogos 2012

MJ Merdeka

30 ogos 2012, setelah pulang dari kerja menerima ajakan kawan untuk menjengah lubuk Landbase yang lama ditinggalkan. Mengilat di Lubuk pertama aku dihadiahkan dengan rabut dari sumpit-sumpit sahaja, melambung sumpit-sumpit terkena sentakan. Ingatan MJ Si kawan aku pula langsung  tiada rabutan. .. hehe.. 20 minit di lubuk pertama tiada sebarang tangkapan yang berjaya dinaikan.

Berpindah ke Lubuk  kedua, kelihatan banyak kawanan sibulan-bulan. patutlah MJ kurang dilubuk ini . Mengikut kawan2 yang berpengalaman memancing jika ada bulan-bulan dilubuk MJ susah untuk mendapatka strike. MJ y lari  tidak suka pada bunyi bising kocakan air bulan-bulan menyambar mangsa. aku berpindah kehulu sedikit kira 30 meter dari kawan dan memulakan lontaran. Lontaran pertama dirabut tapi lucut, mungkin treble hook tumpul dek geseran pada dasar sungai. Lebih kurang 10 minit si Kawan berjaya mendapat strike. selang beberapa minit aku pula berjaya medapat strike. Alhamdulillah kami berjaya menaikkan MJ walaupun bukan saiz yang kami dambakan.


Tangkapan oleh Mat Syah

Foul Hook-up (MJ ke 18, 2012)

HADIAH PERTAMA ISTERI DARI TCE TACKLE


Isteri aku selalu ikut2 aku  dan join sekali casting..adalah juga beberapa ekor haruan brjaya didaratkan.. Dek kurang pengalaman banyak haruan tidak berjaya hook-up. Biarpun gitu, tapi masih lagi tak berputus asa.. Bila ada masa free dia plak yang lebih ngajak aku gi casting..hehe.. Baru-baru ni terima panggilan daripada TCE tackle Kubang Labu, Tumpat suruh ambik hadiah peraduan mengilat majalah umpan april bil. 3.. HUHU..lepas ni makin semangat dia nak casting terpaksa la ikutkan dan bawa cari-cari lubuk untuk dia..


Apepun memang terbaik dapat meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayanag. dari cari lure, lubuk dan casting. Member card TCE aku pom dia yang pegan...Buat masa sekarang bila aku cuti dia yang atur jadual nak kuar mancing..kikikik.. Jadi xjadi lain cerita yang penting banyak masa dihabiskan bersama. 


Tersenyum gembira mendapat hadiah. First time hantar gambar ke majalah dapat hadiah biarpun  saguhati 

Rabu, 15 Ogos 2012

CASTER BARU DAPAT BB


Biarpun masih baru dalam dunia mengilat tapi hasil tangkapannya boleh tahan.  Tidak sampai 5 bulan berjinak dengan casting beliau berjaya mendapat lesen Borneo Black Bass.. Baginya Laut dan sungai mmg tidak asing lagi dalam kehidupannya yang dulu kaki bottom yang terkenal dengan jolokkan Lugu (teras) iaitu tahan dilaut. Tapi sekarang tidak lagi membottom...teracun sudah..

biarpun saiznya masih baby tapi aku cukup teracun 

Rabu, 8 Ogos 2012

KERISI BALI MASAK SAMBAL


Sebenarnya aku pun tak tahu apa nama masakan ni.. Di Sabah semua masakan jenis bersos dipanggil masak sambal.. Aku bawa ikan masak dikedai dan makan bersama rakan2 pancing yang belum lagi merasa isi kerisi bali.  Sudah menjadi kebiasaan bagi aku disini masak ikan hasil pancingan dikedai. Yang penting  bayar ramai-ramai. Maklum hidup Bujang tapi status berkahwin. Malas nak Siang Pastu nak masak.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Bottom Jenahak (Lutjanus Johnii)

Mancing jenahak di laut cetek kota Maruduyang sedalam 3 depa setengah bersama Abang Nassri  yang beberapa kali mengajak untuk menemaninya mancing pada malam hari, tapi terpaksa aku tolak pelawaannya sebelum ini ekoran kesibukan dan mempunyai komitmen lain. Pada 23 Julai aku menganjur program KBS dan  abang Nassri mengambil anak dia mempelawa aku join malam itu memandangkan dia tiada kawan.. Bah! jawapan menerima pelawaan.

Pada sebelah petang kami bertolak dari pengkalan menuju ke laut sebayan. seawalnya hujan yang lebat dan tidak dapat mancing terpaksa menunggu hujan berhenti. pukul 11 malam baru hujan berhenti baru memancing. Jika airnya cantik dan cuaca bagus satu malam boleh dapat sampai 40 kilogram jenahak bersaiz 1-2kg.. Untuk mendapat hasil yang banyak begini terpakasa membina tukun sendiri dari batang bakau yang menelan belanja beribu ringgit


 Tangkapan pertama abang Nassri





Nama Saintifik:  Lutjanus Johnii
Nama Umum : John’s Snapper, Golden Snapper
Nama Tempatan: Jenahak


 di sini dikenali dengan nama sapar-sapar


hasil keseluruhan malam itu

seawal pagi kami pulang bagi mengelakkan lubuk diketahui orang lain yang disini terkenal dengan teknik bom dan racun.. Aktiviti memancing disini  merupakan pendapatan sampingan rata2 Penduduk sekitar sekolah aku mengajar.. 

Khamis, 2 Ogos 2012

MJ Landbase 2012


Lutjanus argentimaculatus atau MJ, mengeket, ungah atau siakap merah  merupakan spesies yang digemari oleh kaki pancing. Tarikan si MJ yang kuat dan pandai melepaskan dicelah akar bakau. Tahun ini (2012). hanya beberapa ekor sahaja mj berjaya didaratkan melalui tebing. Tunggul/ reba dan pokok tumbang yang menjadi habitat dan  perumahan spesies ini berkurangan akibat dihanyutkan arus pasang surut. Kata orang jika tiada banjir ikan berkurangan.. walaupun berkurangan awal tahun sudah ada lesen pembuka tirai tahun 2012.. kesemua ikan ikan berjaya dicasting dari bulan 1 hingga bulan 3.. dan selepas bulan 3 tiada lagi MJ berjaya didaratkan melalui Landbase ini..

 MJ digoda menggunakan lure starlit silver 12 cm
 lure starlit 12cm kaler biru sardin
 belukang oleh Barramundi vs Hampala dengan lure minnow Hinomiya 10 cm kaler belanak
 Poksey dengan MJ terbesar melalui Landbase tahun ini seberat 2kg
 Barramundi Vs Hampala dengan MJ 1.4kg dengan Lure Hinomiya 11cm berharga RM 7
 lesen baru tahun ini...hehe
 lure starlit 8cm  berharga RM9 memang Killer..hehe 
 lure yang sama dihentam kali kedua 
 Din dengan MJ tunggal tahun ini seberat 1.5 kg

Rabu, 1 Ogos 2012

Pengalaman Mancing Kerisi Bali (Ruby snapper)


Trip 3 hari  2 malam dilaut Kudat (laut sulu). menguji kekuatan fizikal. Apa tidaknya arus yang kuat dan kedalaman 120M++ terpaksa menggunakan timah 750g sebanyak 2 biji. Itupun masih dihanyutkan lagi dan memaksa line turun hampir 200M supaya hampir mencecah dasar. Mak oiii mau kreng lengan mengarau batu sahaja untuk menggantikan umpan. Yang untung  dan Rilek sesiapa yang memakai reel elektrik. Kita yang fisrt time turun laut dalam bermain kerisi bali pakai manual ni..terasa lenguh dan terpaksa berhenti mengarau beberapa kali sebelum dapat menukar umpan..

 Ikan Tongkol makan besi dengan kaedah menunda


 Nama Saintifik:  Glaucosoma Buergeri
Nama Umum : Pearl Perch, Deepsea Jewfish, Dhufish
Nama Tempatan: Cenculung





Nama Saintifik:  Pristipomodes Multidens
Nama Umum : Goldbanded Jobfish
Nama Tempatan: Ibu Kerisi, Kerisi Bali


kerisi bali dengan umpan sotong segar yang dicandat

BOTTOM HARI MINGGU

Pada hari cuti biasanya orang kampung dikawasan sekitar sekolah tempat aku mengajar kebanyakan turun memancing untuk mencari lauk. Pada hari lain kebiaasannya mereka berkerja. Jadi pada hari sabtu dan ahad, mereka akan turun kelaut atau pun sungai bangi mencari atau sekadar memenuhi hobi.. Bagi aku satu keuntungan juga mengajar di kawasan kampung selalu dipelawa untuk ikut orang kampung sekitar sekolah untuk memancing.. Kebiasaan mereka akan turun satu 1 hari iatu keluar pagi pulang petang siap bawa bekalan makanan. Jika penat atau hujan akan terus kepondok2 yang dibina sekitar sungai kuala marudu, disitulah tempat solat, tidur, berteduh dari hujan atau angin dan memasak.


 Pada kali aku ingin berkongsi pengalaman mancing keluarga anak murid. Pancingan bottom berumpankan tamban hidup atau mati yang dipotong. apepun tamban hidup lagi cepat dipatuk..
(gambar abang Zaim awal lagi keluar dari kita mendapat tetanda berumpan tamban hidup)
 Hafiz orang pertama dibot kami dapat ikan

 lagi kerapu oleh Hafiz

 ebek kapak kecik oleh azizul

 mengeket (MJ) ikan kedua berjaya di naikan oleh aku berumpan tamban mati

 tarikan mj pada joran Hafiz

 mengeket oleh Hafiz


 Hafiz mengangkat Tongguak (kerapu Minyak yang berjaya dipancing oleh bapanya

hasil keseluruhan pada hari itu