Isnin, 9 April 2012

MARBLE GOBY FISH


Akhirnya aku berjaya menaikan ikan ubi menggunakan pancing.sebelum ni 3x sudah dapat, masa budak2 kena pukat, tingkatan 2 kena jala dan ketiga 2 minggu sebelum dapat dengan pancing. ikan ini banyak nama antaranya ikan ubi, ketutu, ikan hantu, haruan bodoh dll.. pada 9 mac 2011 pada sebelah malam aku memancing di sungai Salaping Kota Marudu (air masin) kebetulan air surut mungkin tahap kemasinan air kurang jadi si ubi keluar merayau dari habitat asal. berumpan udang putih segar, set pancing Daiwa berjaya mendarat spesies ini. tarikan tidak kuat mana tapi bulih keliru, bila ditarik ia melawan. Dibiarkan ianya diam... aneh juga ikan ni.. rasa macam saiz besar   (anggaran ><1kg) tapi tiada. lawan..bila didaratkan tak sampai pun 1kg apepun syukur aku berjaya daratkan ikan ini.







(gambar atas, berbaju hitam. ini ikan masuk dalam jala udang kitorang,



hasil pancing

BUJUK (CHANNA LUCIUS)

Budak-budak  kampung aku panggil ikan 50 sen. (ikey rego samah) kenapa? spesies ini diorang selalu dapat. Boleh dikata mudah bagi diaorang dapat samaada mancing, jala, rawai, tajul, pukat, bubu dan lain-kaedah.


Tapi bagi pemancing terutama pengilat (Caster) ianya amat mahal, umpama mendapat trofi..hehe.. maklum spesies ini semakin kurang hari demi hari bukan seperti haruan yang mudah didapati dimana asalkan ada air. pelbagai faktor menjadikan ia berkurangan. tangkapan menggunakan lure sudah pasti umpama mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.



mengilat menggunakan umpan katak 

si bujuk tewas pada spinner bait alphine dan set joran lemax pro tiny 8lbs dan reel Ajiking 2500
brother ni berjaya menggoda sipemangsa keluar dari sarang menggunakan cicak



Bagi aku dikira Bonus dapat spesies ini kerana memancing Haruan tapi Bujuk yang dapat. Itu dikira Rezeki dari Tuhan.

Ahad, 8 April 2012

POKSU DAN MENGEKET



Berbekal set pancing secondhand yang dibeli daripada Saharil…  Rod Xpuyu 7-16LBS dan Reel Alpha Spin 2ooo. Tali sahaja yang dibelinya yang beli baru iaitu  tangsi nelayan  20 Lb 5O sen .. 
walaupun tiada lure (gewang). Beliau nekad untuk mengikut aku dan matsah pergi casting. Dia memilih  untuk memancing teknik bottom. Tapi aku meminjamkan  lure bakau aku redhead yang memang  tidak pernah ada mangsa tersangkut.


Setelah mengambil tempat masing2, kami mula mengilat. Balingan aku tidak bersambut begitulah  juga dengan matsah. Dalam masa 20 minit, langsung, tiada teguran  atau rabut dari si mengeket… kami cuba memandang kea rah paksu dan ketika itu juga gewang bakau yg di gunakannya disambut dengan rentapan kasar dihujung tebing… dengan wajah terkejut ,  secepat kilat  beliau  mengarau untuk mendarat ikan tersebut .. muka kelihatan pucat dan mulut tak dapat bercakap dek terkejut dengan rentapan mengeket (siakap merah atau mangrove jack) … akhirnya si mengeket berjaya didaratkan. Begitu lama barulah ucapan alhamdulliah terpacul keluar dari mulut beliau kerana baru pertama kali menaikan mengeket dalam hidup dengan berat 1 kg… tahniah poksu..

Sabtu, 7 April 2012

MANCING DAN SANTAI DENGAN KELUARGA


Aktiviti bersama keluarga lebih tertumpu pada musim cuti sekolah. Maklum aku diperantauan jauh nun di Sabah. Bila cuti sekolah akhir sahaja aktiviti lebih kepada mancing bersama si isteri dan adik beradik ..  banyak tempat disekitar kampung halaman kami  keluar memancing, sungguh seronok bila dapat bersama keluarga teutamanya adik-adik aku. Lama tak jumpa memanglah rindu. Selalu keluar beramai satu kepuasan bagi aku. Biarpun tidak dapat ikan tapi kegembiraan bersama yang penting sekali. Ditambah pula dengan kehadiran banjir yang tidak asing lagi dalam hidup aku selaku anak jati Rantau Panjang.

Setiap  tahun aktiviti menangkap ikan merupakan acara wajib bagi kami adik beradik walaupun keluarga   tak makan  ikan sungai.. yang makan pun aku sorang je itu pun hanya ikan kecil sahaja. Tidak kira ibu marah  kerana tidak tahan bau hanyir, kami tidak peduli semua..hehe…siapa yang dapat ikan, dialah kena siang sendiri… 

Bila sahaja aku dirumah ramai sedara mara/ sepupu nak join aku..maklumlah asal ada kat  umah tiada kerja lain selain mancing..  banyak memori dan kenangan  indah terukir di saat  ini…
 
                                           Adik aku si Hakim sedang mengilat haruan 






     inilah hotel 5 bintang merangkap kenderaan kami ketika keluar mancing sekitar kampung..hehe..


 boleh tahan saiz haruan disini,


     panjangnya.. berat xtau berapa kg tak timbang.


    sian isteri kena ikut suami keluar mancing


kalu rajin mengilat dapat gak hasilnya


sampai masuk dalam adik aku ni mengilat haruan


si Fawwaz, sepupu cilik suka ikut aku keluar mancing.. 


    adik Bongsu aku, Muiz dengan hasil pancing kaedah bottom bom jaring


  mana ikannya. tak nampak pun..hehe


Semua gambar-gambar dirakam pada cuti sekolah akhir 2011. InsyaAllah tahun ini jika tiada halangan acara ini akan diteruskan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga saya.

Jumaat, 6 April 2012

Rakusan Siakap di Lubuk Janda KM

Assalammualaikum....

‘Geng Casting Jazirah’; aku, Mat Shah, Hisham dan Poksu membuat rancangan rapi dalam April 2011 untuk casting/mengilat di tempat biasa kami(nama lubuk dirahsiakan bagi menjamin keselamatan ikan). Kepada yang belum tahu, teknik mengilat adalah pancingan menggunakan umpan gewang(ikan, udang atau serangga buatan), selepas gewang dilempar, proses mengarau menggerakkan gewang supaya pemangsa melihat umpan bergerak adalah mangsa untuk disambar. 

Kali ni aku akan mengilat bersungguh-sungguh kerana sudah hampir dua bulan tidak beradu tenaga. Sejak awal lagi, senjata kekili Ajiking queen dan Daiwa sweepfire 2000 serta rod Cherrywood dan Daiwa aku siapkan, mudahan cukup untuk bertempur di lubuk janda yang lama kami tinggalkan. 

Tumpuan kami adalah siakap putih, Lates calcarifer (barramundi/seabass) atau siakap merah, Lutjanus argentimaculatus (mangrove jack/red snapper) memang tidak asing lagi kepada kaki-kaki mengilat atau kaki ‘casting’ sama ada yang berusia remaja mahupun dewasa. Sebut sahaja di mana lubuk siakap, pasti menjadi tumpuan hingga habis stok kalau jenis kaki casting sapu bersih. Yang pasti bukan aku. 

Pada jam 2 petang, kami meluncur dengan Isuzu D-max putih ke destinasi idaman, lubuk sekitar Kota Marudu(Sabah). D-max tidak mungkin meluncur hingga ke lubuk, jadi kami menapak menyusuri pantai dan pohonan nipah sejauh 1 kilometer dari tempat D-max ditinggalkan. Berhadapan muka kuala, halangan batang pokok kayu mati tumbang ke Bumi terpaksa kami redahi bersama senjata dan semangat yang mungkin lebih tinggi dari Kinabalu. Pada waktu ini, air masih surut, maka mudahlah untuk kami ke lubuk idaman. Kami pernah melalui kawasan ini ketika air pasang dalam, terpaksa mengharung air sedalam paras pinggang ketika melintasi alur sungai berhampiran pohon nipah ini. 
Panorama indah pantai yang kami susuri
Pohon mati tumbang di muka kuala
Lubuk ini adalah kunjungan biasa kami, namun sudah 3 bulan lubuk ini tidak kami jengah kerana hujan dan banjir yang melanda sejak awal tahun. Harapan kami siakap sudah bertambah jumlah dan saiznya serta bersarang di lubuk janda ini kerana tiada kunjungan dari pemancing. Tahun lepas lubuk ini menjadi saksi Mat Shah mendaratkan siakap putih lebih kurang 7kg dan itu adalah rekod terbaik peribadinya. 
Lubuk janda dengan reba menjadi tumpuan perakus siakap
Mat Shah dengan rekod siakap putih 7kg suatu ketika dahulu
Setibanya kami di lokasi tumpuan, kelibat siakap yang jelas kelihatan melalui kocakan air jernih dan anak-anak ikan berterbangan berhampiran himpunan kayu atau reba menyambut kami dengan riangnya. Dengan galakan itu, Mat Syah bersama kekili Abu Garcia Silvermax dipadankan dengan rod Fenwick 6 kaki dan gewang Hinomiya redhead sebagai taruhan mengilat siakap. Hanya beberapa balingan sahaja, satu ragutan kasar mengejutkan kalenjar adrenal Mat Syah dan direntapnya sepantas kilat agar mata tiga VMC tertancap di mulut sang siakap. Pertaruhan singkat itu telah mendaratkan siakap merah berskala 1kg dan ini petanda baik bagi kami. Namun, lubuk pertama ini hanya menghadiahkan kami seekor siakap merah sahaja. Kilatan aku dan yang lain dirabut tetapi terlepas. Poksu yang lebih tertumpu kepada pancingan dasar sahaja berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan sembilang dan belukang.
Mat Shah dan tangkapan pertama hari ini
Kami kemudian berpindah ke lubuk yang lain kecuali Poksu. Tempat baru ini sangat ‘cantik’ kerana himpunan pohon bakau tumbang ke dalam sungai akibat hakisan banjir sudah tentu menjadi tumpuan sang siakap. Balingan pertama Mat Syah sahaja sudah disambut siakap tetapi rabut(terlucut) dan balingan yang kedua juga tidak hampa. Walaubagaimanapun, belum sempat sembatan kemas, tali sulam putus mengejut dek rentapan siakap ‘monster’ ke celahan reba. Kemungkinan tali sulam Spiderwire 20lbs Mat Syah tewas dengan geseran teritip pada tunggul kayu di dalam sungai. 

Aku lihat Hisham rancak dengan tangkapan 4 ekor siakap merah berskala 1kg. Aku pula dengan 2 ekor siakap skala 0.5kg di lubuk yang sama. 
Siakap curut
Tidak lama selepas itu, satu sambaran pada set kekili Daiwa Sweepfire 2000 dan rod Daiwa 5ft aku melengkung lentur diragut oleh ‘sesuatu’ berdekatan dengan reba di dalam sungai. Sepantas kilat aku berjaya mengekang larian ikan ke celah reba dan satu lompatan padu ke atas oleh siakap putih menjawab teka teki kami. Tidak sampai 1 minit, siakap putih 1.6kg berjaya aku tewaskan. Aku bertarung lebih agresif bagi mengelakkan tali sulam terbelit di ranting kayu atau putus kerana tidak menggunakan steel pada gewang. Kepuasan terpancar di wajahku bersama dengan rasa gementar yang belum reda kerana adrenalin juga belum surut. Kejayaan ini mengejutkan kami kerana joran ekonomiku(kekili untuk pancingan udang galah) mampu menewaskan sepsis sebesar ini. 
Ini baru 'real adventure' kasi gegar rod dan semangat aku, siakap 1.6kg dengan set ekonomi
Dalam masa hampir 2 jam lebih, kami berjaya mendaratkan 10 ekor siakap anggaran berat semuanya 9kg hanya melalui tebing sahaja. Pada anggapan kami, jika menggunakan bot, sudah tentu segenap lubuk dapat diterokai dan hasilnya lebih lumayan. Namun kami tetap bersyukur dengan rezekiNya yang diberikan kepada kami. 

Jam menghampiri 5 petang dan kami berangkat pulang dengan kepuasan dan senyuman menghiasi wajah kami setelah misi tercapai. Kami singgah menunaikan kewajipan solat Asar berjemaah dalam perjalanan pulang, bimbang tidak sempat solat di rumah masing-masing. InsyaAllah kami akan kesana lagi jika ada kelapangan dan sesuai dengan pasang surut air laut.
Bagus juga tangkapan aku hari ini
Bergerak pulang, Alhamdulillah tersenyum puas dengan rezki dariNYA

Terima kasih kepada ‘Geng Casting Jazirah’ Siakap rakus bersama Han…

Khamis, 5 April 2012

Han-In: 1001 malam-Han's version of reality

Han-In: 1001 malam-Han's version of reality: cerita seribu 1 malam...masih teringat lagi kejadian diatas puncak bukit Muning, Pitas. ak bersama 4 orang rakan keluar meredah hutan menggu...

Berkongsi Hobi

Assalammualaikum....

Kini tiba masa sy kenalkan pemancing2 dalam keluarga sy. Walaupun masih amatur,tp x mustahil menjadi pro suatu hari nnti. Hobi yang boleh dikongsi bersama tak kira usia. Sambil2 layan rod,boleh jugak berkelah tenangkan diri. Mendekati ciptaanNya mengingatkan kita kepada Allah SWT. Hasil pancingan boleh atau tidak tergantung rezki dariNya.

Duduk dari kanan Farid, Hakim, Fahmi, Muiz dan berdiri di belakang Sabrina...
my beloved brothers and sister.

Alhamdulillah kami semua berkongsi minat yg sama, salah satu hobi yang membantu mengeratkan kasih syg antara kami. Memandangkan sekarang sy di rantau org, hobi bersama keluarga tertumpu semasa cuti sekolah termasukla semasa gambar ini diambil di pengkalan teluk,RP. Oooops, tidak ini sahaja....

Ahli yang baru ini juga mula berkongsi minat setelah bersama sy...
meet my wife, Intan.