Isnin, 28 April 2014

IKAN BLACK BASS

Black bass, tembaring, kanai, kakap dan ikan tanah adalah ikan  yang sama mempunyai banyak nama mengikut daerah setempat di Sabah. Hampir 5 tahun mengilat dan memancing di sunngai-sungai sini (Sabah). Dengan berbekal sedikit  pegalaman mancing MJ terutamanya pasang surut air, suhu dan arus. Nak dijadikan cerita. aku ajak kawan sorang ni gi casting coz 2014 belum turun untuk casting air masin.

Tidak terdetik pun dihati untuk mencari ikan ini. Arus pasang laju dan air tinggi kami berehat dan tidur di pondok sahaja menunggu arus surut. Benar kata seorang kawan  yang lebih 10 kali menaikkan black bass untuk mencari   ikan BB biasa pada arus surut yang laju baru dia keluar mengikut ikut surut air.
Orang kata belasah saja tanpa mengambil kira keadaan air  di kawasan hulu sungai semasa surut.

Dipendekkan cerita. masa melontar lure ke tepi tebing dipenuhi nipah, lure di hanyut arus. hanya disentap manja sahaja kerana ianya melarikan lure melawan arus. lebih 3 depa dari bot baru ia memecut dan menekan kedasar  dengan kuat. fikir aku ini mungkin MJ 2kg ke atas sahaja. lalu  aku lock spool dengan ibu jari tapi keluar lagi. aku full drag untuk menarik naik kepermukaan air, namun masih keluar tali sulam dari spool. tidak lama dari itu, aku berjaya megepam naik ke permukaan dan telihat badan kuning berbelang. dan ianya menekan lagi kedasar. Bot hanyut hampir ketebing. Dengan kecekapan kawan terus hidupkan bot ketengah supaya tiada peluang ikan lari ke reba dan kayu.  Dalam 4 kali menekan ke bawah bila dinaikkan ke permukaan sebelum  digrip bibir oleh kawan.


Rod : eupro legend 5' 3" 8-17
Reel : Rapala rage
Line : Kirin deep sea blue 30 lb
Lure : duel hardcore long bill 90mm
Leader : ichiban 50 lb

ikan black bass



Jumaat, 18 April 2014

Mengilat siakap Merah





haruan sekor


Khidmat Masyarakat

Lebih seminggu Abang Salleh minta untuk buat ubat anak buahnya yang sakit kena oprate paru. ketiadaan masa untuk menjengah lubuk biasa ekoran isteri kurang sihat. permintaan tidak dapati dipenuhi untuk mendapatkan ikan haruan. sekali turun terus dapat 3 ekor. bolehlah abang Salleh buat stok untuk anak buahnya,, syukur.



casting haruan bersama isteri

fisrt time wife  pakai BC dapat ikan.. pergi kenyir pakai BC  kumpau...

Melayan ikan parit bersama isteri









Melayan pari

1 february trip pertama turun ke air masin 2014. Alhamdulillah aku berjaya menaikkan 5 ekor pari,, satu ekor putus masa nak landing yang dilayan oleh abang usup