Khamis, 20 Ogos 2009

Ubah Angin

bersama ust, Nasir 
Blog ini asalnya dibuat atas dasar nak kongsi pengalaman, cerita tentang alam pendidikan dan tentang kami berenam. namun oleh tiada orang yang betul-betul komitmen dalam menulis entri maka ia sepenuhnya diambil oleh aku. jadi aku tukar tajuk dan topik dan jadi hak milik sendiri makan aku buat la ia pengalaman mancing aku. Habis! dah aku minat pancing, rugi plak dibiarkan ia mati tak terkubur.

Isnin, 25 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

foto kenangan suhardi (poksu) bersama sahabat sposting
Tanggal 16 mei 2009 yang lalu sebagai seorang pendidik anak bangsa, kita talah diraikan dan dimuliakan dengan satu hari yang sangat bermakna dalam erti sebenar sebagai pendidik. Setelah merempuh segala dugaan,cabaran dan halangan dalam mendidik dan mengajar anak-anak yang pada mulanya tidak mengenal apakah itu ilmu dalam hidup mereka,tapi kini anak-anak didikan kita telah mengenal pelbagai ilmu yang menjadikan mereka manusia yang berguna pada nusa dan bangsa di kemudian hari kelak.

kita harus berbangga kerana kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk jadi seorang pendidik, kerana jiwa seorang pendidik tidak akan mengecewakan anak bangsanya sendiri. "GURU NAMAMU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA".Bak kata pepatah melayu

'HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, GURU MATI MENINGGALKAN NAMA(CIKGU)"......

SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!  - Aril Sapuan

Kembara Pendidik

Di jeti Menumbuk.. first time dapat keluar dari maktab
Assalamualaikum.....
kita manusia hanya hidup sementara di dunia ini, jadikanlah hidup ini sabagai satu jalan untuk kita beramal dengan sebaik mungkin kerana yang kekal hanyalah di akhirat yang kekal abadi.. Hadith Rasulullah ada menyatakan bahawa " bekerjalah kamu seolah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadat seolah-olah kamu akan mati esok hari". jadilah kita manusia saling ingat-mengingati antara satu sama lain..
Kita sebagai pendidik haruslah menjadi satu tanggungjawab untuk kita memakmurkan bumi Allah. Ini kerana di sini masih ketandusan tentang Islam. Jangan jadikan ini satu penghalang tapi jadikan ia sebagai satu cabaran untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita dalam program modal insan yang diterapkan oleh kerajaan...INNALLAHA MA ANA _Aril Sapuan