Khamis, 4 April 2013

Haruan vs Sesudu


Haruan memakan sesudu menjadi fonrmena baru bagi aku. Hari kedua aku mencuba nasib lagi ditempat sama. Alhamdulillah masih lagi seperti hari pertama dan berjaya menaikkan 5 ekor kesemuanya.


seahawk 16g



seahawk 22g gold

Selasa, 2 April 2013

Haruan Port Simpang 3

Haruan disini diakui mmg susah nak menjamah spinner dan katak plastik. diet yang berbeza memakan anak-anak udang kerana hilirnya air masin jadi anak-anak udang banyak masuk parit. Macam frenzy plak haruan sini mengejar anak udang.. bertaburan udang melompat. Semasa dengan isteri berjaya menaik seekor haruan bersaiz cinonet menggunakan spinner bait. Pada kali ini kaedah Try an Error perlu digunakan. spinner dan soft frog tidak berjaya. Spoon plak aku try.. fuh. Lontaran pertama sudah ada strike..  Macam laut plak asal benda berkilat disambar ikan. Keluar pun dah lewat pukul 5.00 ptg jadi berjaya mendarat 4 ekor sahaja. Jika aku keluar awal lg ada mungkin banyak lagi strike yang dapat..






Hadiah Hari Jadi Buat Isteri


Hadiah hari lahir buat isteri. Walaupun diajak berjalan kedaerah-daerah lain ditolaknya ekoran nak mancing air masin. Jadi apa boleh buat, umpama mengantuk disorong bantal buat diriku. 4 hari hari berturut-turut kitorang casting bermula dari parit air tawar sungai dan muara. Di parit merenew lesen haruan pada tahun ini.  Akhirnya isteriku berjaya juga menaikkan haruan curut.



renew lesen haruan
Pada hari kedua kami ke Kudat mencari anak-anak GT jika termaktub rezeki ada je ikannye. Namun sebaliknya pada hari itu.  Lewat sampai air pasang naik dah surut, ikan2 semua kembali semula ke lautan.

popping dan jigging anak GT


main sungai dgn bot cari MJ

Hari ketiga kami keluar casting menggunakan bot untuk mencari lesen MJ. Air pasang besar pada ketinngian 1.8m  pada hari itu menyukarkan betul mendapat strike. Hanya beberapa kali sahaja rabut tapi kerana tidak pernah casting MJ yang menyambar tepi bot, isteri aku miss ikan targetnya.

Hari keempat kami menggunakan kaedah bottom dari tebing di lubuk femes bagi kaki bottom dimana MJnya sentiasa keluar masuk jika ada arus pasang surut. Akhir MJ berjaya didaratkan dan  tersenyum gembira ikan impiannya berjaya didaratkan.


kerapu bonus dan seterus lesen  buatnya
 

lesen MJ 700g