Isnin, 11 Jun 2012

MENDAYUNG BIDUK


2 hari sebelum berangkat ke Sabah, dimana aktiviti tidak dirancang,terlintas dibenak ingin menurun perahu ke tasik membawa si isteri. setelah mengambil kira sama ada menurunkan bot fiber paksu atau sampan, baik turun sampan lagi ringan dan tidak memerlukan kederat yang banyak..mengajak beberapa orang kanak-kanak pom sudah dapat mengangkat sampan yang kecik.

Dengan bekalan 2 set kekili sebagai latihan disampan sudah memadai untuk mengilat ditasik. mendapat strike bukanlah matlamat utama aktiviti pada petang itu, just bersuka ria sahaja... Alhamdulillah isteri tersenyum gembira kerana hari2 sebelum hanya strike sahaja tapi tidak berjaya didaratkan,, hanya lebih kurang sejam sahaja menaiki tiba2 hujan turun dengan lebat..


Adik menjadi peneman dan selaku kameraman...hehe

tasik ni dalam juga... lebih 10' kaki dalam.. tak jadi masalah bagi adik dia pandai berenang dan tasik ini juga menjadi tempat adik manda manda bersama kawan2nya,,,sama lah cam aku budak2 dulu.





sayangnya,,sungai yang dulu bersih dibuang sampah oleh manusia tak reti nak faham pasal kebersihan...dulu ditasik ini kami mandi berenang sampai merah mata tapi sekarang orang pun tak mau mandi, tasik dah kotor



gunakan bekas kedap udara/ balang gula2 untuk meyimpan kamera dan henpon xpayah nak beli gadget2.jika perahu terbalik tak masuk air dan timbul

acara megilat bermula


umpama pelancong my wife mengilat



pucuk putat di yang dikutip disungai boleh di jadikan ulam makan malam..



berteduh dari hujan di bawah jambatan


biarpun penat mengangkat sampan tapi keseronokan yang penting dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak2 mendayung perahu dan mandi di tasik ini.. lagi tasik terletak 50 meter dari belakang rumah saja..