Isnin, 24 September 2012

Eid Adha Pertama Bersama


Eid Adha 2011, isteri datang beraya di sabah. Aku tak dapat cuti hanya satu hari sahaja. Kebetulan permohonan cuti isteri diluluskan dari menghadiri Lab. persekolahan macam biasa sahaja daan meninggalkan isteri dibilik hotel. Pada waktu petang sahaja isteri aku menemani aku memncing haruan disekitar Kota Marudu.  Untuk  berjalan disekitar daerah Kota Marudu masih lagi hujan. Tinggal   2 hari lagi untuk untuk menyambut Eid Adha.
udang galah sebagai menu penyambut isteri sampai disabah

udang galah yang dijala di pengkalan marudu



Hari Raya Eid Adha. selesai menunaikan solat Eid Adha aku membawa isteri menumpang sekejap di rumah kak Laila dan Abi Ilah. dan aku pula pergi menolong sahabat2 dari Semenanjung yang melakukan ibadat Qurban di taman JJ untuk diagihkan kepada saudara-saudara baru disekitar Kota Marudu. Pada Waktu petang aku membawa pulang isteri ko hotel.  Hari raya tidak ada kedai makan muslim dibuka. hehehe, terpaksa pulang ke rumah bujang untuk memasak makan malam untuk isteri untuk dibawa ke hotel. begitulah selama 2 hari terpakasa ulang alik dari rumah bujang ke hotel untuk memasak.  Alhamdulillah   kedai makan dibuka pada raya ketiga.

Add caption


Eid Adha kedua. Aku  membawa isteri dengan membonceng untuk melawat tempat aku selalu keluar untuk mancing yang gah dengan arca lobster gergasi (Dataran Bengkoka). Dalam perjalan pulang kami singgah di masjid pinggan2 terserempak dengan sahabat dari KM yang melakukan ibadat Qurban disana.  Terkejutnya diorang melihat aku membawa perempuan membonceng. Disabah xder orang semenanjung bawa isteri pakai moto mestilah diorang syak aku bawa awek dan ramai kawan tidak aku tahu nikah coz bukan pada hari cuti sekolah. Setelah menjelaskankan status kami, Ustaz Khairul berpesan jangan lupa surat nikah kena ada tu. takut nati imam Armas buat operasi... susah plak...hehe


jeti sebelum pantai Marasimsim

Kami singgah lagi di satu pantai yang tidak jauh dari muara kawasan tidak asing bagi kerana biasa mendarat MJ. Ke sini bukannya apa, supaya isteri tahu dimana aku menghilangkan diri pada hari minggu keluar mancing (casting). Isteri terpegun melihat keindahan panorama semulajadi. Laut yang cetek, dan tebing muara dipenuhi batang-batang kayu hanyut.



Eid Adha ketiga, Abi Ilah dan kak  Laila mengajak aku dan isteri ke Ke Kundasang sempena membawa jalan anak mereka yang berumur beberapa bulan. Alhamdullilah…. Umpama mengantuk disorongkan bantal plak.. Terima kasih buat  Abi Ilah dan kak  Laila, adik  Atif. Aku memang banyak kali Kundansang, realeas tension, jalan, jumpa kawan dan ronda pakai motor bersama kawan2.


Deck Pekan Nabalu

Tupai penghuni tetap pondok Timpohon

summit trail map

baru tau! sebelum ni dia ingat pic aku edit.. tapi sebenar kabus  yang membasahi lens


shopping pasar sayur Kundasang

Abi Ilah dan adik Atif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan