Rabu, 26 September 2012

Mendaki Gunung Kinabalu


Belek-belek folder lama jumpa plak gambar masa daki gunung Kinabalu. Bersama komuniti jazirah yang belum lagi mendaki seramai 10 orang, 8 dari Kota Marudu dan dua orang dari Kota Kinablu. Segala persiapan dan kelengkapan semuanya telah cukup dan tinggal untuk misi tawan puncak kinabalu sahaja.  Surat, kebenaran dan bayaran telah dibuat. Alhamdulillah bayaran pun murah, dan urusan booking untuk mendaki juga cepat iaitu 3 bulan sahaja.  Maklumlah ramai orang setiap hari dan 6 bulan perlu di tempah awal. .Kepuasan dan kegembiraan memang tidak dapat digambar dengan kata bila dapat mendaki Kinabalu.
Lagi pengalaman takder jual kat kedai.


Dari Kota Marudu bertempat dirumah aku berkumpulnya group sebelum bertolak ke Kundasang.
Singgah di dataran Kinabalu Park minum petang memanaskan badan sebelum mencari rumah penginapan disekitar kundasang. Kami menginap di rumah tumpangan di Kundasang. semua chalet dan hotel full.. FYI, banyak rumah tumpangan disekitar kampung penempatan penduduk harga pun lebih murah. Tidak perlu kelam kabut untuk menginap disini..perlu masuk kampung jer cari,,ada RM20 perkepala satu malam. 
Keesokkan hari bersamaan 11 Mac 2010 sempena hari ulang tahun kelahiran aku plak pada tarikh ini kami start daki lebih kurang pukul 9 pagi gitu....ish.ish sambut besday kat gunung lah

warm- up selepas bacaan doa dan taklimat dari sahabat yang agak senior tinggal di Sabah
posing maut.. kalau minta snap pic, entah apa2 diambil, tanpa kepala, senget dan hampeh la semua..teruk la mamat ni..hehe

 rehat sekejap..penat!! ambik nafas dulu..
rehat lagi
baru 2 km.. tapi berapa kali berenti rehat dah!!

rehat lagi




jumpa climber dari sweden si John.
Laban Rata.

misi kepuncak diteruskan pada pukul 2.30 pagi. 


Sayap-sayap check point. check point yang menentukan sijil hitam putih atau kaler..



 Akibat seorang dari group kami kena papah lutut terkehel, lambat sampai di pondok timpohon, pukul 6 malam baru sampai. Kupon makan dan petang dapat ditukar kepada dinner,, Untung juga xperlu di tapau. semua layan diri di Balsam restoran.

Malam itu juga kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota Marudu. terpaksa tidur jalan dinaiki air di Kota Belud...                                                                                                                                                  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan