Selasa, 31 Julai 2012

SIAKAP MERAH BULAN RAMADAN


Memancing dibulan Ramadan sememangnya memenatkankan apatah lagi dibawah cuaca panah terik dikuala sungai.. fuh cabaran betul..  Pada kali ini set pancingan bottom, trolling dan casting dibawa mana tau ada rezeki diantara salah satu kaedah tersebut. Pada mula kami trolling sebelum sampai kuala sebelum dapat menjala tamban..  Dengan kaedah bottom hanya bejaya mendarat seekor sembilang dan 2 ekor jenahak atau tetanda. Semasa  mahu berpindah lubuk aku cuba memasang gewang rapala TDD9 hot tiger pada set casting dan terus membuat lontaran, tiba ada sambaran ganas di celahan reba banat.. Pertarungan agresif berlaku bagi mengelakkan ikan melarikan gewang kebawah reba.. tidak sampai 2 minit ikan berjaya ditarik keluar dan sampai di tepi bot. Akhirnya siakap merah 1.4kg  berjaya dinaikan..




Isnin, 30 Julai 2012

BoatBase Casting

Entri kali ini aku ingin berkongsi kenangan manis bermain dengan MJ walaupun pada asal ingin mencari BB.. Trip pada bulan april 2012 tidak dirancang tapi  dipelawa oleh local angler sifu Masarian Fittye. Fb belau klik sini   untuk menemaninya casting dilubuk belah Utara Sabah. pada kali ini..gewang minnow aku yang bukan selaman dalam tidak berkesan pada sungai ini. nasib baik ada TTD9 hot tiger tunggal dalam lure box menjadi penyelamat kekumpauan... Alhamdulillah.. rezeki aku pada hari berikut   dapat menaikkan 9 ekor MJ.. dan sifu 6 ekor semua ( 4MJ, 1 baby GT dan 1 jenahak).. dan ape yang best beberapa mendapat double strike......

Teknik karauan yang perlahan dan lontaran jauh supaya gewang turun lebih dalam untuk mendapat strike berikutan sungai ini yang agak dalam.


                                         gewang River2 sea efektif untuk lubuk yang dalam
                                      biarpun saiz kecil tapi berani menggigit gewang..hehe





                                                       jenahak oleh sifu Masarian fittye







Anak GT pun ada menghuni muara ini




                                                    double strike yang lucut

                                           double yang hook-up




Pada trip ini, aku banyak belajar teknik2 casting daripada sifu masarian yang sememang femes di Sabah.
sorry pic uplod xabis,...lambat, malas mahu menunggu

Isnin, 2 Julai 2012

Kena Tinggal

Assalamuailaikum.. wbt

Entri kali ini lain sikit menceritakan tentang perpindahan rakan2 semenanjung yang berkhidmat di kota Marudu. Ramai rakan2 dapat berpindah bertugas di negeri asal kelahiran dan mengikut pasangan. Alhamdulillah syukur kepada Allah memudahkan urusan rakan seperjuangan. Perpindahan kali ini memberi keutamaan pada kohort 2005 dan 2006 yang berkhidmat jauh daripada pasangan suami atau isteri. Adat berkerja sama ada kita pindah atau orang lain yang pindah lumrah hidup. Dua orang Sahabat kat sekolah aku mengajar 2 orang dapat Pindah, ustaz Nasir dan ustazah Zuriyana. Ketiadaan 2 orang ni aku xleh nak cakap kelate lagi disekolah.. apepun tumpang gembira untuk diorang dan amat memahami hidup berjauhan dengan keluarga..

apepun sibuklah sikit skang banyak perkara perlu disettlekan. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar..cehh! bunyi macam refleksi RPH pulak.. insyaAllah jika rajin akan diupdate juga blog ini dengan aktiviti memancing. seingat aku 2 bulan lebih set casting murah aku cuti tanpa turun mencari mangsa.









eh! jauh aku melalut ni.. tadi cerita pasal rakan2 yang pindah.tiba2 cerita plak pasal mancing. cover sedih ke ni...hehe. apepun Tahniah buat sahabat2 dapat berkhidmat ditempat baru buat ustaz bad, abi ilah& kak la k, kak efa, kak Pah, kak zah & abe ja..

MANCING HARUAN DAERAH PITAS


Kg. Bawang Pitas, merupakan port Haruan mega, Ramai yang telah mendaratkan saiz mega,(1-2kg). Tahun 2010 aku dibawa oleh ustaz Shah ekoran Lubuk siakap tidak dapat masuk airnya kabut/keruh.. perjalanan dari Kota Marudu mengambil 1jam untuk sampai ladang kelapa sawit kg Bawang. Bagi pengilat macam aku mana pernah pakai spinner bait. maklumlah casting tak berapa pas..hehe

disini aku nak share kenangan atau memori manis bermain haruan di negeri Sabah. sebelum ni mana mancing pom disini.

beberapa kali berkunjung ke Lubuk ini, hasilnya boleh tahan juga..

Haruan Bongkol, serangan pada waktu petang sebelum jungle tracking

serangan waktu subuh di Bongkol setelah pulang dari aktiviti jungle tracking



Haruan kampung Bawang


monster bersama poksu.. tengok kepala penumbuk pom boleh masuk, tapi sayang haruan ni sakit badan kurus. terdapat parut dikepala mungkin dipijak kerbau..hehe

paksu tetap menaikkan yang paling besar di lubuk ini kali kedua

simpang Dandong

replika udang galah, gelama dan siakap menjadi mercu tanda daerah Pitas yg masih banyak dengan sepesis2 tersebut.. disini juga banyak cap cangkul yang besar2

Haruan hutan Pitas aku juga ada juga aku dapat, lubuk di KEM Bongkol, iaitu jalan ke Telaga (pedalaman)..sambil tunggu jalan redah hutan untuk memburu boleh gak mancing. Tapi walaupun banyak lubuk Saltwater berstatus dara, seperti tarpon, MJ, Barramundi tapi tak berani nak casting dari landbase.. takut Saltwater croc..