Khamis, 30 Ogos 2012

MJ Merdeka

30 ogos 2012, setelah pulang dari kerja menerima ajakan kawan untuk menjengah lubuk Landbase yang lama ditinggalkan. Mengilat di Lubuk pertama aku dihadiahkan dengan rabut dari sumpit-sumpit sahaja, melambung sumpit-sumpit terkena sentakan. Ingatan MJ Si kawan aku pula langsung  tiada rabutan. .. hehe.. 20 minit di lubuk pertama tiada sebarang tangkapan yang berjaya dinaikan.

Berpindah ke Lubuk  kedua, kelihatan banyak kawanan sibulan-bulan. patutlah MJ kurang dilubuk ini . Mengikut kawan2 yang berpengalaman memancing jika ada bulan-bulan dilubuk MJ susah untuk mendapatka strike. MJ y lari  tidak suka pada bunyi bising kocakan air bulan-bulan menyambar mangsa. aku berpindah kehulu sedikit kira 30 meter dari kawan dan memulakan lontaran. Lontaran pertama dirabut tapi lucut, mungkin treble hook tumpul dek geseran pada dasar sungai. Lebih kurang 10 minit si Kawan berjaya mendapat strike. selang beberapa minit aku pula berjaya medapat strike. Alhamdulillah kami berjaya menaikkan MJ walaupun bukan saiz yang kami dambakan.


Tangkapan oleh Mat Syah

Foul Hook-up (MJ ke 18, 2012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan