Jumaat, 3 Ogos 2012

Bottom Jenahak (Lutjanus Johnii)

Mancing jenahak di laut cetek kota Maruduyang sedalam 3 depa setengah bersama Abang Nassri  yang beberapa kali mengajak untuk menemaninya mancing pada malam hari, tapi terpaksa aku tolak pelawaannya sebelum ini ekoran kesibukan dan mempunyai komitmen lain. Pada 23 Julai aku menganjur program KBS dan  abang Nassri mengambil anak dia mempelawa aku join malam itu memandangkan dia tiada kawan.. Bah! jawapan menerima pelawaan.

Pada sebelah petang kami bertolak dari pengkalan menuju ke laut sebayan. seawalnya hujan yang lebat dan tidak dapat mancing terpaksa menunggu hujan berhenti. pukul 11 malam baru hujan berhenti baru memancing. Jika airnya cantik dan cuaca bagus satu malam boleh dapat sampai 40 kilogram jenahak bersaiz 1-2kg.. Untuk mendapat hasil yang banyak begini terpakasa membina tukun sendiri dari batang bakau yang menelan belanja beribu ringgit


 Tangkapan pertama abang Nassri





Nama Saintifik:  Lutjanus Johnii
Nama Umum : John’s Snapper, Golden Snapper
Nama Tempatan: Jenahak


 di sini dikenali dengan nama sapar-sapar


hasil keseluruhan malam itu

seawal pagi kami pulang bagi mengelakkan lubuk diketahui orang lain yang disini terkenal dengan teknik bom dan racun.. Aktiviti memancing disini  merupakan pendapatan sampingan rata2 Penduduk sekitar sekolah aku mengajar.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan