Selasa, 31 Julai 2012

SIAKAP MERAH BULAN RAMADAN


Memancing dibulan Ramadan sememangnya memenatkankan apatah lagi dibawah cuaca panah terik dikuala sungai.. fuh cabaran betul..  Pada kali ini set pancingan bottom, trolling dan casting dibawa mana tau ada rezeki diantara salah satu kaedah tersebut. Pada mula kami trolling sebelum sampai kuala sebelum dapat menjala tamban..  Dengan kaedah bottom hanya bejaya mendarat seekor sembilang dan 2 ekor jenahak atau tetanda. Semasa  mahu berpindah lubuk aku cuba memasang gewang rapala TDD9 hot tiger pada set casting dan terus membuat lontaran, tiba ada sambaran ganas di celahan reba banat.. Pertarungan agresif berlaku bagi mengelakkan ikan melarikan gewang kebawah reba.. tidak sampai 2 minit ikan berjaya ditarik keluar dan sampai di tepi bot. Akhirnya siakap merah 1.4kg  berjaya dinaikan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan