Isnin, 2 Julai 2012

Kena Tinggal

Assalamuailaikum.. wbt

Entri kali ini lain sikit menceritakan tentang perpindahan rakan2 semenanjung yang berkhidmat di kota Marudu. Ramai rakan2 dapat berpindah bertugas di negeri asal kelahiran dan mengikut pasangan. Alhamdulillah syukur kepada Allah memudahkan urusan rakan seperjuangan. Perpindahan kali ini memberi keutamaan pada kohort 2005 dan 2006 yang berkhidmat jauh daripada pasangan suami atau isteri. Adat berkerja sama ada kita pindah atau orang lain yang pindah lumrah hidup. Dua orang Sahabat kat sekolah aku mengajar 2 orang dapat Pindah, ustaz Nasir dan ustazah Zuriyana. Ketiadaan 2 orang ni aku xleh nak cakap kelate lagi disekolah.. apepun tumpang gembira untuk diorang dan amat memahami hidup berjauhan dengan keluarga..

apepun sibuklah sikit skang banyak perkara perlu disettlekan. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar..cehh! bunyi macam refleksi RPH pulak.. insyaAllah jika rajin akan diupdate juga blog ini dengan aktiviti memancing. seingat aku 2 bulan lebih set casting murah aku cuti tanpa turun mencari mangsa.









eh! jauh aku melalut ni.. tadi cerita pasal rakan2 yang pindah.tiba2 cerita plak pasal mancing. cover sedih ke ni...hehe. apepun Tahniah buat sahabat2 dapat berkhidmat ditempat baru buat ustaz bad, abi ilah& kak la k, kak efa, kak Pah, kak zah & abe ja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan