Isnin, 2 Julai 2012

MANCING HARUAN DAERAH PITAS


Kg. Bawang Pitas, merupakan port Haruan mega, Ramai yang telah mendaratkan saiz mega,(1-2kg). Tahun 2010 aku dibawa oleh ustaz Shah ekoran Lubuk siakap tidak dapat masuk airnya kabut/keruh.. perjalanan dari Kota Marudu mengambil 1jam untuk sampai ladang kelapa sawit kg Bawang. Bagi pengilat macam aku mana pernah pakai spinner bait. maklumlah casting tak berapa pas..hehe

disini aku nak share kenangan atau memori manis bermain haruan di negeri Sabah. sebelum ni mana mancing pom disini.

beberapa kali berkunjung ke Lubuk ini, hasilnya boleh tahan juga..

Haruan Bongkol, serangan pada waktu petang sebelum jungle tracking

serangan waktu subuh di Bongkol setelah pulang dari aktiviti jungle tracking



Haruan kampung Bawang


monster bersama poksu.. tengok kepala penumbuk pom boleh masuk, tapi sayang haruan ni sakit badan kurus. terdapat parut dikepala mungkin dipijak kerbau..hehe

paksu tetap menaikkan yang paling besar di lubuk ini kali kedua

simpang Dandong

replika udang galah, gelama dan siakap menjadi mercu tanda daerah Pitas yg masih banyak dengan sepesis2 tersebut.. disini juga banyak cap cangkul yang besar2

Haruan hutan Pitas aku juga ada juga aku dapat, lubuk di KEM Bongkol, iaitu jalan ke Telaga (pedalaman)..sambil tunggu jalan redah hutan untuk memburu boleh gak mancing. Tapi walaupun banyak lubuk Saltwater berstatus dara, seperti tarpon, MJ, Barramundi tapi tak berani nak casting dari landbase.. takut Saltwater croc..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan