Khamis, 10 Mei 2012

Trip ON saje!! (22 April 2012)



malam tu, aku ke Warung Rahaya cafe. Abang Yus jom kita mancing di tukun tayar Taritipan, baru je abang Daud (boatman) bawa orang mancing dapat kerapu 9kg. , tapi xder umpan ni kita sauk sotong jer. aku ON jerr..antara yang ikut pada malam itu, abag Rahmat, abang Hilmi, abang Yus dan Aku.. lepas maghrib kami bertolak dari pekan Kota Marud ke Kampung Taritipan. bila sampai boatman plak takder, belum pulang dari kenduri.. lama kami tunggu pukul 11 malam baru dapat jalan..


bila dah sampai kat lubuk hampir setengah jam baru dapat mancing, tunggu sotong timbul untuk disauk..bila dapat sotong terus aku sangkut pada mata kail. tak sampai 10 minit tiba2 sreeet..kekili aku ditarik sesuatu, denga pantas aku menyentap joran.. dalam  masa tak sampai si ikan berjaya dinaikkan.. biarlah pic2 yang menceritakan..malasnya nak abiskan cerita. di lubuk ini ikan kerapu dan jenahak sahaja yang menghuni.





 strike yang pertama pada malam itu..jenahak sekala 1kg

 abang Rahmat dengan Jenahak tunggalnya sekala 2kg

abang Yus dengan jenahak terbesar sekali. 2kg++



Nama Saintifik:  Lutjanus Johnii
Nama Umum : John’s Snapper, Golden Snapper
Nama Tempatan: Jenahak





abang Hilmi boring2 menunggu umpan ditarik, baik mancing titir yang mengejar anak ikan di tepi bot



NNama Saintifik:  Epinephelus Coioider
Nama Umum : Orange-spotted grouper
Nama Tempatan: Kerapu Balong 


 kerapu 2Kg++ kedua selepas abang hilmi strike yang besar sikit dari aku punya




 kerapu lagi..

 lagi kerapu




 kerapu penutup tirai oleh abang Hilmi
 hasil keseluruhan pada malam itu





alhamdulillah semua selamat. rezeki dibagi sama rata, aku hanya ambil 3 ekor sahaja, tiada KDN disini..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan