Rabu, 16 Mei 2012

BANJIR OH BANJIR

Asal bulan 11 dan 12 mesti banjir kampung aku.. maklum kawasan rendah lagi pom berdekatan dengan sungai Golok. Kampung kalau banjir pun takderlah sampai paras bahaya. Kecuali tahun 2007 keluarga aku terpaksa pindah ke rumah pakcu (bapak saudara bongsu sebalah mak). Masa itu aku tinggal di Teras Jernang, Bangi. 


Tahun lepas aku dah tak bujang lagi. Telah selamat diijabkabulkan dengan seorang gadis Bandar baru kubang kerian. Dan negeri Kelahiran asal isteri aku ni Perak. Tapi bapak mertua  orang Kelantan. Akhirnya pulang berkhidmat di negeri kelahiran.  Berbalik pada cerita musim banjir ni. Aku pujuk wife supaya  balik kampung aku. Maklum lah aku ni Hantu ikan. Nak menajul, memukat, mancing, menetak ikan dan yang peting leh main banjir. Bestnya..kalau boleh nak jadi budak2 balik..aku cukup minat mencari ikan walaupun xder sorang pun dalam umah aku xmakan ikan air Tawar kecuali aku ( tu makan pilih2). Adik-adik semua laki semua minat nak mencari ikan.  Asal aku pulang kampung, mesti  cari ikan.bestnya..Klu boleh tak mahu balik Sabah..hehe..

Dua beradik initidak dapat dipisahkan dari aktiviti menangkap ikan air tawar

adik aku bersama hasil memukat 


Trafik Light bandar Rantau Panjang (dekat petronas) dinaiki air. dan menjadi tempat orang ramai berkumpul bermain air

meredah banjir bersama isteri

awal lagi pak cik keluar membottom baung
bila banjir kanak-kanaklah yang gembira bermain air
Home Sweet Home.. Rumahku dinaiki air paras buku lali
Rezeki Selepas surut Banjir
Ikan Baung ikan faveret aku.. tapi susah juga mau dapat ikan ini..

menangkap ikan sudah menjadi tradisi keluarga kami bila tiba musim banjir.. biarpun tidak memakan ikan haruan tapi minat lebih dalam aktiviti hanyir ini. setiap tahun begini aktiviti kami sekeluarga. jika tidak dapat bermain banjir rasa rugi betul.hehe



1 ulasan:

  1. memang best men banjir...Alhamdulillah dpertemukan dgn hubby yg suka tangkap ikan,leh tompang dua kaki...i LIKE...

    BalasPadam