Selasa, 5 November 2013

Bawa wife mancing



Oktober, cuti raya haji isteri aku bertandang ke Sabah bagi merayakan aidil adha bersama. Rancangan utuk untuk membawanya mancing telah diatus sebelum dia tiba lagi. Bot dibooking awal dari kenalan pancing.
Hari raya korban ke 3 kami turun untuk memancing setelah melihat cuacanya elok berbanding hari sebelumnya yg hujan. tidak ideal untuk casting air masih keruh dan sejuk.

Bekalan anak belanak dibawa sebagai umpan kerna ketiadaan anak tamban dijual di pasar.
kami meyusuri sungai ke muara untuk memancing tetanda awalnya. dan beransur- ansur mudik ke hulu.
Dari satu tempat ke tampat lain kami pindah semuanya tidak mendatangkan hasil cuma buntal dan ketam sahaja menjamah umpan. 




sembilang pertama 1.5kg
Tengah hari air surut agak laju kami berpindah ke sungai  simpang 3 untuk berteduh dari panas. Sebelum ini port ini tak pernah lagi aku singgah bottom kecuali casting sahaja. Arus surut yang deras umpama satu bonus bagi kaedah bottom, ikan sembilang suka meragut umpan. Tidak lama berlabuh di sungai ada sudah bedukang merentap umpan. selang beberapa ketika, pancing isteri aku pula direntap kencang. drag yang longgar megeluarkan bunyi yang syok didengar. Dengan sedikit pengalaman yang ada. isteri aku mengili pancingnya meliuk lintuk rod pancing melayan si sembilang. Alhamdullilah hajat isteri kali ini berjaya menaikkan ikan di bot setelah kumpau casting pada bulan 3 yg lalu. Dan buat kali kedua menyusul sembilang buat kali kedua dengan saiz kecil dari yang pertama. terpancul kerianga di wajah isteri berjaya menaikkan 2 ekor ikan sembilang.

sembilang kedua

ikan depu/batu, ikanberacun 
\







Tiada ulasan:

Catat Ulasan