Isnin, 5 November 2012

Komplot bersama ahli GCS (Kampungan Tournament)

Menerima panggilan dari Masrani untuk menjadi  bot patner si Pis Sang sungai belah utara   pada lewat malam. aku On jer. Apa tidaknya spot BB itu! Biarpun masih masih penat bottom seharian, keesokan kena cast plak. aku siapkan segala kelengkapan casting  supaya tiada yang tertinggal.

Selepas subuh jam 5 pagi kami berjumpa ahli komplot di Goshen hotel, iaitu Azizi, Pis Sang, Awang, Sahur, Masrani (Masarian), Kiki, dan Asqalani. kami bertolak dari Kota Marudu menuju ke jeti sungai utara. Sampai sahaja hujan turun dengan lebat, apepun dah terlanjur sampai, agenda casting perlu diteruskan. Hujan berhenti kami terus angkut peralatan kedalam bot dengan patner masing. Azizi dengan Masrani, Kiki dengan Asqalani, Awang dengan Sahur dan aku dengan Pis Sang.

Hujan Lebat menyambut kedatangan kami

Sambil menunggu hujan berhenti baik melengkapkan  gear masing2

Berbincang penggunaan gewang yang sesuai mengikuti  tahap jernih/keruh air

Add caption


Cuaca tidak mengizinkan kami untuk mendapat strike. Hanya pisang sahaja yang strike dengan main line 10lb. strike kali kedua oleh pisang pada tunggul tidak dapat dikekang menyebabkan main line 10 lb meletup.. tuss.. Sayangnya. kelibat badan bersirip kuning sudah kelihatan. tidak lain dan tidak bukan itu memang BB. Main line 10 lb tidak dapat menampung beban dan spot tidak mengizinkan untuk melayannya.

MJ tunggal dari bot kami
Hujan, panas, hujan, berhenti, hujan balik. sungai terlalu keruh umpama milo O..  hampir semua anak sungai diexplore tetapi tiada langsung mangsa meragut lure.

Aku dan Pis Sang pulang ke jeti bila guruh berdentum , Tidak berani lagi cuba casting. Tidak lama sampai kumpulan Sahur/Awang, diikuti kumpulan kiki dan Asqalani dan akhir Azizi dan Masrani. Masing-masing bertanya hasil tangkapan mengikut kumpulan.. Bot aku satu ekor, bot Masrani/Azizi 2 ekor, bot Awang/Sahur 4 ekor dan Kiki/Asqalani 5 ekor. aku berkongsi tempat dengan masrani dalam kategori individu 0 tangkapan. kumpaulah senang cerita..hehe


Yamcha di Izzati Restoren



Tiada ulasan:

Catat Ulasan