Rabu, 3 Oktober 2012

Cinta Muka Buku


Dua jiwa rasanya satu,
Mulut terkunci tanpa kata,
Hati berdendang siapa tahu,
Kerana di dlm mekarnya cinta.

Hati berdendang gundah gulana,
Cinta dihati pada si teruna,
Janganlah luah jika hati tertanya2,
Mana lah tau dia sudah berpunya...

Hati tertanya x mampu diluah,
Bimbang si dia sudah berpunya,
Mencuba nasib tentu x salah,
Namun hendaklah berpada-pada...

Mencuba nasib tentu xsalah,
Jika kita yakin pada si dia,
Cintamu jauh nun di sabah,
Mencari erti sebuah bahagia.

Cintaku jauh nun di Sabah,
Inginku turut daya x mampu,
Kupohon si dia tdk berubah,
Hingga aku dan dia bersatu...

Sungguh suci niat dihati mu, 
Mahu diri mu dan si dia bersatu,
Cinta thdpnya janganlah jemu,
Moga bahagia sampai anak cucu....

Bahagia hingga ke anak cucu,
Keinginan siapa saja yg bercinta,
Insya'allah akan teguh cintaku,
Isteri,sahabat dan ibu anak si dia...

Besar impian aku pada si dia,
Janji dan harapan buat bakal suami,
Orang kata cinta memang buta,
Kerana facebook cinta bersemi....

Facebook permulaan jln cerita,
Itula canggihnya zmn teknologi,
Walaupun canggih harus berjaga,
Virus tersebar geramnya hati...

Virus cinta tersebar merata,
Menyerang hati x kira siapa,
Dalam facebook mula bercinta,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan