Selasa, 2 April 2013

Haruan Port Simpang 3

Haruan disini diakui mmg susah nak menjamah spinner dan katak plastik. diet yang berbeza memakan anak-anak udang kerana hilirnya air masin jadi anak-anak udang banyak masuk parit. Macam frenzy plak haruan sini mengejar anak udang.. bertaburan udang melompat. Semasa dengan isteri berjaya menaik seekor haruan bersaiz cinonet menggunakan spinner bait. Pada kali ini kaedah Try an Error perlu digunakan. spinner dan soft frog tidak berjaya. Spoon plak aku try.. fuh. Lontaran pertama sudah ada strike..  Macam laut plak asal benda berkilat disambar ikan. Keluar pun dah lewat pukul 5.00 ptg jadi berjaya mendarat 4 ekor sahaja. Jika aku keluar awal lg ada mungkin banyak lagi strike yang dapat..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan