Hadiah hari lahir buat isteri. Walaupun diajak berjalan kedaerah-daerah lain ditolaknya ekoran nak mancing air masin. Jadi apa boleh buat, umpama mengantuk disorong bantal buat diriku. 4 hari hari berturut-turut kitorang casting bermula dari parit air tawar sungai dan muara. Di parit merenew lesen haruan pada tahun ini. Akhirnya isteriku berjaya juga menaikkan haruan curut.
|
renew lesen haruan |
Pada hari kedua kami ke Kudat mencari anak-anak GT jika termaktub rezeki ada je ikannye. Namun sebaliknya pada hari itu. Lewat sampai air pasang naik dah surut, ikan2 semua kembali semula ke lautan.
|
popping dan jigging anak GT |
|
main sungai dgn bot cari MJ |
Hari ketiga kami keluar casting menggunakan bot untuk mencari lesen MJ. Air pasang besar pada ketinngian 1.8m pada hari itu menyukarkan betul mendapat strike. Hanya beberapa kali sahaja rabut tapi kerana tidak pernah casting MJ yang menyambar tepi bot, isteri aku miss ikan targetnya.
Hari keempat kami menggunakan kaedah bottom dari tebing di lubuk femes bagi kaki bottom dimana MJnya sentiasa keluar masuk jika ada arus pasang surut. Akhir MJ berjaya didaratkan dan tersenyum gembira ikan impiannya berjaya didaratkan.
|
kerapu bonus dan seterus lesen buatnya |
|
lesen MJ 700g |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan