Trip pertama bagi tahun 2013. bunyi macam big game plak trip ni..padahal kampong-kampung mainan ja ba!. Lumrah di Sabah bulan januari dan februari merupakan musim hujan. Berbeza dengan Pantai Timur (Semenanjung) yang hujan pada november dan disember. Memandangkan cuaca pada minggu 3 dalam Januari cuaca elok biarpun sungai masih seperti horlick tapi peluang untuk turun mengilat tak boleh dilepaskan. Nak ditunggu tide air dan tahap jernih baik mungkin tidak sesuai untuk turun bermain dengan lure jika sanggup menahan gian sampai bulan april..
Kami mempertaruhkan gewang selaman dalam yang lebih efektif diboatbase. Dari segi saiz biasanya menggunakan 7-10cm dengan menggayakan pelbagai teknik karauan seperti perlahan dan laju bergantung pada lubuk dan kawasan dilewati. Biarpun kelengkapan yang rapi tapi rezeki bukan milik kami. Pasrah pada keadaan air apatah malam sebelumnya hujan lebat membawa lumpur dari bukit ke dalam sungai. suhu yang sejuk dan air yang keruh menyukar mendapatkan strike...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan