Hujan yang turun dengan lebat beberapa hari menanda umpama pesta bila rata-rata penduduk membawa pukat, sauk dan jala bagi tujuan menangkap ikan terbul, lambak, temperas dll yang ingin melepaskan telur. Ikan yang banyak boleh ditangkap menggunakan tangan tanpa menghiraukan kocakkan air dan bunyi bising daripada aktiviti manusia. Ini lah berlaku setiap tahun pabila tasik hampir kering dilimpahi air hujan..
Lebih pukul 10 pagi adik aku 2 orang membawa pukat untuk mengintai lubuk kebiasaan mereka kerana air tasik mula tinggi dan memasuki parit-parit.. Waktu tengah hari aku pulang dari bandar Rantau Panjang terus diajak oleh pokwek (adik aku) untuk menangkap ikan menggunakan tangan.. Aku terus membonceng. sampai saja tengok dua beradik sudah dapat hampir 2 guni beras 10 kg hanya 2 utas pukat sahaja. aku melupakan hasrat untuk menangkap ikan guna tangan, baik lagi tolong mengambil ikan dipukat dibawa pulang untuk disiang. Ikan ni takleh simpan lama cepat buruk (ada pelampung).. ketika mengutip ikan masih banyak lagi ikan melanggar pukat.. lebih kurang 15 minit sekali ikan perlu diambil mengelakkan kaki pukat terangkat bila banyak ikan melanggar menjadikan pukat tidak mengena..Hasil semuanya 3 guni 10 kg. dari tengah hari sampai maghrib mak siang ikan tu pun panggil sanak saudara tolong siang.. Ada dibagi begitu sebelum disiang.
ikan ttakat (ikan nak bertelur bila gelap dah takder
ini semua ikan yang tinggal telah dibuat pekasam setelah dibagi2 pada yg tolong menyiang dan saudara/jiran sekitar rumah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan