Eid Adha 2011, isteri datang beraya di sabah.
Aku tak dapat cuti
hanya satu hari sahaja. Kebetulan permohonan cuti isteri diluluskan dari
menghadiri Lab. persekolahan macam biasa sahaja daan meninggalkan isteri
dibilik hotel. Pada waktu petang sahaja isteri aku menemani aku memncing haruan
disekitar Kota Marudu. Untuk berjalan disekitar daerah Kota Marudu masih
lagi hujan. Tinggal 2 hari lagi untuk
untuk menyambut Eid Adha.
 |
udang galah sebagai menu penyambut isteri sampai disabah |
 |
udang galah yang dijala di pengkalan marudu |
Hari Raya Eid Adha.
selesai menunaikan solat Eid Adha aku membawa isteri menumpang sekejap di rumah
kak Laila dan Abi Ilah. dan aku pula pergi menolong sahabat2 dari Semenanjung
yang melakukan ibadat Qurban di taman JJ untuk diagihkan kepada saudara-saudara
baru disekitar Kota Marudu. Pada Waktu petang aku membawa pulang isteri ko
hotel. Hari raya tidak ada kedai makan muslim dibuka. hehehe, terpaksa
pulang ke rumah bujang untuk memasak makan malam untuk isteri untuk dibawa ke
hotel. begitulah selama 2 hari terpakasa ulang alik dari rumah bujang ke hotel
untuk memasak. Alhamdulillah kedai makan
dibuka pada raya ketiga.
 |
Add caption |
Eid Adha kedua. Aku membawa isteri dengan membonceng untuk melawat
tempat aku selalu keluar untuk mancing yang gah dengan arca lobster gergasi (Dataran
Bengkoka). Dalam perjalan pulang kami singgah di masjid pinggan2 terserempak
dengan sahabat dari KM yang melakukan ibadat Qurban disana. Terkejutnya diorang melihat aku membawa
perempuan membonceng. Disabah xder orang semenanjung bawa isteri pakai moto
mestilah diorang syak aku bawa awek dan ramai kawan tidak aku tahu nikah coz
bukan pada hari cuti sekolah. Setelah menjelaskankan status kami, Ustaz Khairul
berpesan jangan lupa surat nikah kena ada tu. takut nati imam Armas buat
operasi... susah plak...hehe
 |
jeti sebelum pantai Marasimsim |
Kami singgah lagi di satu pantai yang tidak jauh dari
muara kawasan tidak asing bagi kerana biasa mendarat MJ. Ke sini bukannya apa,
supaya isteri tahu dimana aku menghilangkan diri pada hari minggu keluar mancing
(casting). Isteri terpegun melihat keindahan panorama semulajadi. Laut yang
cetek, dan tebing muara dipenuhi batang-batang kayu hanyut.
Eid Adha ketiga, Abi Ilah dan kak Laila mengajak aku dan isteri ke Ke Kundasang
sempena membawa jalan anak mereka yang berumur beberapa bulan. Alhamdullilah…. Umpama
mengantuk disorongkan bantal plak.. Terima kasih buat Abi Ilah dan kak Laila, adik Atif. Aku memang banyak
kali Kundansang, realeas tension, jalan, jumpa kawan dan ronda pakai motor
bersama kawan2.
 |
Deck Pekan Nabalu |
 |
Tupai penghuni tetap pondok Timpohon |
 |
summit trail map |
 |
baru tau! sebelum ni dia ingat pic aku edit.. tapi sebenar kabus yang membasahi lens |
 |
shopping pasar sayur Kundasang |
 |
Abi Ilah dan adik Atif |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan