Bottom jenahak di Teluk Marudu sememangnya ikan cerewet untuk memakan umpan beli atau tidak fresh biarpun dilubuk atau tukun buatan.. satu malam kami memancing berumpan tamban dibeli langsung tiada patukan. Bulan terang sotong juga idak mahu timbul. Memacing dilaut masih takut sekarang musim angin. Alhamdullilah keesokan pagi ada juga anak tamban hidup yang dijala dibuat umpan. Tidak sampai 30 minit memancing kami berjaya menaikkan 9 ekor jenahak 1 sembilang dan 2 ekor ikan duri. syukur bolehlah buat lauk..
Sabtu, 29 September 2012
Rabu, 26 September 2012
Mendaki Gunung Kinabalu
Belek-belek
folder lama jumpa plak gambar masa daki gunung Kinabalu. Bersama komuniti
jazirah yang belum lagi mendaki seramai 10 orang, 8 dari Kota Marudu dan dua
orang dari Kota Kinablu. Segala persiapan dan kelengkapan semuanya telah cukup
dan tinggal untuk misi tawan puncak kinabalu sahaja. Surat, kebenaran dan bayaran telah dibuat.
Alhamdulillah bayaran pun murah, dan urusan booking untuk mendaki juga cepat
iaitu 3 bulan sahaja. Maklumlah ramai
orang setiap hari dan 6 bulan perlu di tempah awal. .Kepuasan dan kegembiraan memang tidak dapat digambar dengan kata bila dapat mendaki Kinabalu.
Lagi pengalaman takder jual kat kedai.
Dari Kota Marudu bertempat dirumah aku berkumpulnya group sebelum bertolak ke Kundasang.
Singgah di dataran Kinabalu Park minum petang memanaskan badan sebelum mencari rumah penginapan disekitar kundasang. Kami menginap di rumah tumpangan di Kundasang. semua chalet dan hotel full.. FYI, banyak rumah tumpangan disekitar kampung penempatan penduduk harga pun lebih murah. Tidak perlu kelam kabut untuk menginap disini..perlu masuk kampung jer cari,,ada RM20 perkepala satu malam.
Keesokkan hari bersamaan 11 Mac 2010 sempena hari ulang tahun kelahiran aku plak pada tarikh ini kami start daki lebih kurang pukul 9 pagi gitu....ish.ish sambut besday kat gunung lah
warm- up selepas bacaan doa dan taklimat dari sahabat yang agak senior tinggal di Sabah
posing maut.. kalau minta snap pic, entah apa2 diambil, tanpa kepala, senget dan hampeh la semua..teruk la mamat ni..hehe
rehat sekejap..penat!! ambik nafas dulu..
rehat lagi
baru 2 km.. tapi berapa kali berenti rehat dah!!
rehat lagi
jumpa climber dari sweden si John.
Laban Rata.
misi kepuncak diteruskan pada pukul 2.30 pagi.
Sayap-sayap check point. check point yang menentukan sijil hitam putih atau kaler..
Akibat seorang dari group kami kena papah lutut terkehel, lambat sampai di pondok timpohon, pukul 6 malam baru sampai. Kupon makan dan petang dapat ditukar kepada dinner,, Untung juga xperlu di tapau. semua layan diri di Balsam restoran.
Isnin, 24 September 2012
Eid Adha Pertama Bersama
Eid Adha 2011, isteri datang beraya di sabah.
Aku tak dapat cuti
hanya satu hari sahaja. Kebetulan permohonan cuti isteri diluluskan dari
menghadiri Lab. persekolahan macam biasa sahaja daan meninggalkan isteri
dibilik hotel. Pada waktu petang sahaja isteri aku menemani aku memncing haruan
disekitar Kota Marudu. Untuk berjalan disekitar daerah Kota Marudu masih
lagi hujan. Tinggal 2 hari lagi untuk
untuk menyambut Eid Adha.
udang galah sebagai menu penyambut isteri sampai disabah |
udang galah yang dijala di pengkalan marudu |
Hari Raya Eid Adha.
selesai menunaikan solat Eid Adha aku membawa isteri menumpang sekejap di rumah
kak Laila dan Abi Ilah. dan aku pula pergi menolong sahabat2 dari Semenanjung
yang melakukan ibadat Qurban di taman JJ untuk diagihkan kepada saudara-saudara
baru disekitar Kota Marudu. Pada Waktu petang aku membawa pulang isteri ko
hotel. Hari raya tidak ada kedai makan muslim dibuka. hehehe, terpaksa
pulang ke rumah bujang untuk memasak makan malam untuk isteri untuk dibawa ke
hotel. begitulah selama 2 hari terpakasa ulang alik dari rumah bujang ke hotel
untuk memasak. Alhamdulillah kedai makan
dibuka pada raya ketiga.
Eid Adha kedua. Aku membawa isteri dengan membonceng untuk melawat
tempat aku selalu keluar untuk mancing yang gah dengan arca lobster gergasi (Dataran
Bengkoka). Dalam perjalan pulang kami singgah di masjid pinggan2 terserempak
dengan sahabat dari KM yang melakukan ibadat Qurban disana. Terkejutnya diorang melihat aku membawa
perempuan membonceng. Disabah xder orang semenanjung bawa isteri pakai moto
mestilah diorang syak aku bawa awek dan ramai kawan tidak aku tahu nikah coz
bukan pada hari cuti sekolah. Setelah menjelaskankan status kami, Ustaz Khairul
berpesan jangan lupa surat nikah kena ada tu. takut nati imam Armas buat
operasi... susah plak...hehe
jeti sebelum pantai Marasimsim |
Kami singgah lagi di satu pantai yang tidak jauh dari muara kawasan tidak asing bagi kerana biasa mendarat MJ. Ke sini bukannya apa, supaya isteri tahu dimana aku menghilangkan diri pada hari minggu keluar mancing (casting). Isteri terpegun melihat keindahan panorama semulajadi. Laut yang cetek, dan tebing muara dipenuhi batang-batang kayu hanyut.
Eid Adha ketiga, Abi Ilah dan kak Laila mengajak aku dan isteri ke Ke Kundasang
sempena membawa jalan anak mereka yang berumur beberapa bulan. Alhamdullilah…. Umpama
mengantuk disorongkan bantal plak.. Terima kasih buat Abi Ilah dan kak Laila, adik Atif. Aku memang banyak
kali Kundansang, realeas tension, jalan, jumpa kawan dan ronda pakai motor
bersama kawan2.
Deck Pekan Nabalu |
Tupai penghuni tetap pondok Timpohon |
summit trail map |
baru tau! sebelum ni dia ingat pic aku edit.. tapi sebenar kabus yang membasahi lens |
shopping pasar sayur Kundasang |
Abi Ilah dan adik Atif |
Sabtu, 22 September 2012
2 Hari 1 Malam di Pulau Mantani (Mei 2012)
Pulau
Mantanani terletak dalam daerah Kota Belud. Pulau yang kecil penuh dengan
coral. Airnya yang jernih membolehkan
kita dapat melihat ikan berenang di dalam air. Pasir yang yang putih bersih
kecuali bahagian pantai terdapat sampah sarap semulajadi seperti batang kayu,
kelapa hanyut dan pelepah kelapa. Perjalanan dari jeti Kuala Abai ke Pulau mantanani
hanya memakan masa 1 jam 25 minit sahaja jika cuaca elok dan tiada ombak,. Pada hari tersebut aku
dan beberapa orang terdiri dari kalangan guru2 sekolah Kota Marudu bertandang
ke sana. Bagi kami tidak perlu untuk menginap di chalet disana kerana semua
diuruskan oleh ustaz Azlin yang pernah mengajar di situ. Hanya 110 ringgit
sahaja untuk 2 hari satu malam termasuk makan minum di sebuah rumah penduduk di
pulau mantanani. Sepatutnya bayaran tidak sampai cecah seratus tapi salah
seorang dari rombongan kami menarik diri disaat-saat akhir.
Memang
cukup berbaloi bertandang ke sini, biarpun hanya menginap dirumah orang kampung
tapi umpama ada pakej pulak. Ape tak pada waktu petang kami dibawa ke pulau Mantani
kecik untuk menikmati keindahan alam dan snorkerling.
![]() |
snap pic ketika bot bergerak untuk memulakan perjalanan ke pulau |
![]() |
seorang petapa diatas batu Pulau Mantanani kecil..hehe |
![]() |
mencari kulit cengkerang di pantai.. |
![]() |
gembira dibawa snorkerling..hihi |
![]() |
Pulau Mantanani kecil |
![]() |
snorkerling |
![]() |
sunset ketika pulang ke tempat menginap |
aktiviti meronda pulau... |
sempat juga casting di jeti tepi lain yang sangkut..kik kik.. |
mau pulang suda! |
sempat singgah di Palm Beach Resort |
![]() |
bergambar dengan Tuan rumah |
Langgan:
Catatan (Atom)