Mancing jenahak di laut cetek kota Maruduyang sedalam 3 depa setengah bersama Abang Nassri yang beberapa kali mengajak untuk menemaninya mancing pada malam hari, tapi terpaksa aku tolak pelawaannya sebelum ini ekoran kesibukan dan mempunyai komitmen lain. Pada 23 Julai aku menganjur program KBS dan abang Nassri mengambil anak dia mempelawa aku join malam itu memandangkan dia tiada kawan.. Bah! jawapan menerima pelawaan.
Pada sebelah petang kami bertolak dari pengkalan menuju ke laut sebayan. seawalnya hujan yang lebat dan tidak dapat mancing terpaksa menunggu hujan berhenti. pukul 11 malam baru hujan berhenti baru memancing. Jika airnya cantik dan cuaca bagus satu malam boleh dapat sampai 40 kilogram jenahak bersaiz 1-2kg.. Untuk mendapat hasil yang banyak begini terpakasa membina tukun sendiri dari batang bakau yang menelan belanja beribu ringgit
Tangkapan pertama abang Nassri
Nama
Saintifik: Lutjanus Johnii
Nama Umum : John’s Snapper, Golden Snapper
Nama Tempatan: Jenahak
di sini dikenali dengan nama sapar-sapar
hasil keseluruhan malam itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan