Aktiviti bersama
keluarga lebih tertumpu pada musim cuti sekolah. Maklum aku diperantauan jauh
nun di Sabah. Bila cuti sekolah akhir sahaja aktiviti lebih kepada mancing
bersama si isteri dan adik beradik ..
banyak tempat disekitar kampung halaman kami keluar memancing, sungguh seronok bila dapat
bersama keluarga teutamanya adik-adik aku. Lama tak jumpa memanglah rindu. Selalu
keluar beramai satu kepuasan bagi aku. Biarpun tidak dapat ikan tapi kegembiraan
bersama yang penting sekali. Ditambah pula dengan kehadiran banjir yang tidak
asing lagi dalam hidup aku selaku anak jati Rantau Panjang.
Setiap tahun aktiviti menangkap ikan merupakan acara
wajib bagi kami adik beradik walaupun keluarga
tak makan ikan sungai.. yang
makan pun aku sorang je itu pun hanya ikan kecil sahaja. Tidak kira ibu marah kerana tidak tahan bau hanyir, kami tidak
peduli semua..hehe…siapa yang dapat ikan, dialah kena siang sendiri…
Bila sahaja aku dirumah ramai sedara mara/ sepupu nak join aku..maklumlah asal ada kat umah tiada kerja lain selain mancing.. banyak memori dan kenangan indah terukir di saat ini…
Adik aku si Hakim sedang mengilat haruan
inilah hotel 5 bintang merangkap kenderaan kami ketika keluar mancing sekitar kampung..hehe..
boleh tahan saiz haruan disini,
panjangnya.. berat xtau berapa kg tak timbang.
sian isteri kena ikut suami keluar mancing
kalu rajin mengilat dapat gak hasilnya
sampai masuk dalam adik aku ni mengilat haruan
si Fawwaz, sepupu cilik suka ikut aku keluar mancing..
adik Bongsu aku, Muiz dengan hasil pancing kaedah bottom bom jaring
mana ikannya. tak nampak pun..hehe
Semua gambar-gambar dirakam pada cuti sekolah akhir 2011. InsyaAllah tahun ini jika tiada halangan acara ini akan diteruskan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan